Mustafa I
Mustafa I | |
---|---|
Sultan Uthmaniyyah | |
Khalifah | |
Tempoh pemerintahan | 1622–23 |
Tempoh | Perkembangan Empayar Uthmaniyyah |
Nama penuh | Mustafa I |
Lahir pada | 1591 |
Mati pada | Januari 1639 (berumur 47–48) |
Didahului oleh | Ahmed I |
Diikuti oleh | Murad IV |
Kerabat Diraja | Kerabat Osman |
Dinasti | Dinasti Uthmaniyyah |
Kepercayaan agama | Islam |
Mustafa I Deli (lahir 1591/1592 di Istana Manisa – meninggal 20 Januari, 1639 di Istana Topkapi, Istanbul) (Bahasa Turki Uthmaniyah: مصطفى اول ), anak lelaki kepada Mehmed III, adalah seorang Sultan dari Empayar Uthmaniyyah bermula pada 1617 sehingga 1618 dan bermula 1622 sehingga 1623. Ibu beliau adalah Valide Sultan Halime Sultan, seorang etnik Greek yang asalnya bernama Helena.
Adik kepada Ahmed I (1603–17), yang meninggal dunia disebabkan penyakit tifus pada usia muda, Mustafa I dilaporkan mengalami kecacatan mental atau sekurang-kurangnya neurotic dan menjadi tidak lebih sebagai alat klik istana di Istana Topkapı. Semasa pemerintahan abang beliau, beliau telah dikurung di dalam bilik beliau di mana ia dikenali sebagai penjara maya, sebuah sistem yang dipanggil Kafes, selama 14 tahun.
Pada tahun 1618, selepas tempoh pemerintahan singkat, beliau telah diturunkan dari takhta bagi memberi laluan kepada anak saudara lelaki beliau yang lebih muda Osman II (1618–22) dan dihantar kembali ke Kafes. Konflik di antara Janissari dan Osman II membawa beliau kepada peluang kedua. Selepas pembunuhan Osman II pada tahun 1622 oleh Janisari, beliau ditabalkan semula ke takhta dan memegangnya selama satu tahun. Beliau menghukum semua yang terlibat dalam pemberontakan menentang Osman II dan percaya bahawa Osman II masih hidup. Beliau dilihat mencari Osman II di seluruh kawasan istana, mengetuk pintu dan merayu agar anak saudara beliau melepaskan beliau daripada beban tanggungjawab. Ketidakupayaan beliau untuk memimpin menyebabkan beliau diturunkan takhta dan dikurung oleh adik lelaki tiri Osman II, Murad IV (1623–40). Beliau meninggal dunia 16 tahun kemudian.
Mustafa I Tarikh keputeraan: 1591 Tarikh kemangkatan: 20 Januari, 1639
| ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Ahmed I |
Sultan Empayar Uthmaniyyah 22 Nov, 1617 - 26 Feb, 1618 |
Diikuti oleh: Osman II |
Didahului oleh Osman II |
Sultan Empayar Uthmaniyyah 20 Mei, 1622 - 10 Sep, 1623 |
Diikuti oleh: Murad IV |
Gelaran Sunnah Islam | ||
Didahului oleh Ahmed I |
Khalifah Islam 22 Nov, 1617 - 26 Feb, 1618 |
Diikuti oleh: Osman II |
Didahului oleh Osman II |
Khalifah Islam 20 Mei, 1622 - 10 Sep, 1623 |
Diikuti oleh: Murad IV |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Mustafa I |