Nabi Syith
NabiSyith | |
---|---|
Anak-anak | Enos dan beberapa anak lelaki dan perempuan yang lain |
Ibu bapa | Nabi Adam a.s. dan Hawa |
Saudara | Kenan - cucu lelaki |
Nabi Syith atau Seth (Hebrew: שֵׁת, Standard Šet, Tiberian Šēṯ; Arab: شيث Shith atau Shiyth; "Ditempatkan"), ialah merupakan anak lelaki ketiga kepada Nabi Adam a.s. dan Hawa, juga merupakan adik bongsu terakhir kepada Habel dan Qabel. Syith merupakan satu-satunya anak Nabi Adam yang dilahirkan oleh Hawa tidak mempunyai kembar (anak-anak lain dilahirkan kembar dan berpasang-pasangan). Berdasarkan catatan Genesis 4:25Template:Bibleverse with invalid book, Seth/ Syith dilahirkan selepas tragedi pembunuhan Habel oleh Qabel, Siti Hawa percaya akan kekuasaan Tuhan yang akan menggantingkan Habel dengan yang lain, oleh itu Tuhan telah memberikan Syith sebagai pengganti. Syith diangkat sebagai salah seorang dari beribu-ribu Nabi yang diutuskan oleh Allah menurut pandangan Islam, Kristian dan Yahudi.