Ong Tee Keat
Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Ong Tee Keat PSM, PJN; SSAP (Pah); SMS (Sel) | |
---|---|
翁诗杰 | |
Fail:PANDAN.JPG | |
Presiden Persatuan Cina Malaysia | |
Dalam jawatan 18 Oktober 2008 – Mac 2010 | |
Didahului oleh | Tan Sri Ong Ka Ting |
Digantikan oleh | Dato' Seri Chua Soi Lek |
Menteri Pengangkutan Malaysia | |
Dalam jawatan 18 Mac 2008 – 4 Jun 2010 | |
Didahului oleh | Tan Sri Chan Kong Choy |
Digantikan oleh | Kong Cho Ha |
Ahli Parlimen Malaysia bagi P100 Pandan, Selangor | |
Dalam jawatan 21 Mac 2004 – 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Rafizi Ramli |
Majoriti | 2,961 |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Jalan Petaling, Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 22 November 1956
Parti politik | - MCA - BN (Hingga 2017) Parti Warisan (Dari 2022) |
Pasangan | Puan Sri Chooi Yoke Chun (徐玉珍) |
Anak | 3 anak perempuan |
Kediaman | Taman Midah, Cheras |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Jurutera |
Laman web | http://www.ongteekeat.net/ |
Tan Sri Dato' Sri Ong Tee Keat merupakan ahli politik Malaysia dan bekas Menteri Pengangkutan Malaysia. Beliau juga merupakan bekas presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang berkhidmat dari 18 Mac 2008 hingga Mac 2010.[1] Pada 1 Jun 2010, beliau telah digantikan oleh Datuk Seri Kong Cho Ha untuk jawatan Menteri Pengangkutan.
Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Pelajaran dan juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Di dalam politik akar umbi parti MCA, beliau pernah menjadi Naib Presiden MCA dan Ketua Pemuda MCA.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Anak kepada penjual ikan, Tee Kiat merupakan seorang akar umbi MCA yang aktif walaupun beliau berada di universiti. Selepas menjalani pendidikan menengahnya di Sekolah Tinggi Confusian di Kuala Lumpur, beliau pergi ke MBSKL untuk meneruskan pelajarannya di Tingkatan Enam. Enam tahun selepas bekerja sebagai jurutera mekanikal, beliau berhenti untuk menjadi setiausaha politik kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lee Kim Sai dalam tahun 1986.
Politik
[sunting | sunting sumber]Beliau merupakan Ahli Parlimen Pandan, Selangor dari MCA. Beliau mula bertanding di Pilihan raya kecil Ampang Jaya 1989 , menewaskan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris yang menjadi calon parti Semangat 46.
Pada tahun 2004, beliau memenangi kerusi Parlimen Pandan, Selangor. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mempertahankan kerusi Parlimen Pandan dan mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat, Syed Shahir Syed Mohamud dengan majoriti sebanyak 2,961 undi. Beliau memperolehi 25,236 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 22,275 undi. Pada 21 Februari 2013, beliau tidak lagi dicalonkan oleh MCA untuk mempertahankan parlimen tersebut, sebaliknya digantikan oleh Gary Lim.[2]
Isu dan kontroversi
[sunting | sunting sumber]Ugutan bunuh
[sunting | sunting sumber]Pada 27 Julai 2009, Lim Kit Siang dari DAP membuat laporan polis berhubung ancaman bunuh yang diterima Ong Tee Keat di ibu pejabat polis Petaling Jaya.
Akhbar Sunday Star menyiarkan ugutan bunuh itu pada 26 Julai 2009 :
- "If you're wiped out from this world some day, you should know why this has happened." (Jika anda dilenyapkan dari dunia ini pada satu hari, anda patut tahu kenapa ini berlaku).[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Nurul Ain Mohd Hussain (18 Oktober 2008). "Pemilihan MCA: Tee Keat Presiden, Soi Lek Menang Mengejut". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-21. Dicapai pada 21 Oktober 2008.
- ^ "PRU13: Tee Keat tiada dalam senarai calon MCA", Malaysiakini.com,21 Februari 2013.
- ^ Kit Siang Buat Laporan Polis Terhadap Ancaman Bunuh Presiden MCA
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Blog Ong Tee Keat Diarkibkan 2008-07-19 di Wayback Machine
- Laman menggunakan kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui
- Kelahiran 1956
- Orang dari Selangor
- Anggota Parti Warisan
- Bekas anggota Persatuan Cina Malaysia
- Orang hidup
- Buddha Malaysia
- Menteri Kerajaan Malaysia
- Orang dari Kuala Lumpur
- Presiden Persatuan Cina Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-7
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-8
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-9
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-10
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-11
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12