Pergi ke kandungan

Bugis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Orang Bugis)
Bugis / Buginese
To Ugi
ᨈᨚ ᨕᨘᨁᨗ
اورڠ بوݢيس
Pakaian Adat Suku Bugis
Jumlah penduduk
7 juta (Sensus 2010)
Kawasan ramai penduduk
 Indonesia6,359,700[1]
Mengikut provinsi
           Templat:Country data South Sulawesi3,618,683
           Templat:Country data East Kalimantan735,819
           Templat:Country data Southeast Sulawesi496,432
           Templat:Country data Central Sulawesi409,741
           Templat:Country data West Sulawesi144,554
           Templat:Country data West Kalimantan137,282
            Riau107,159
           Templat:Country data South Kalimantan101,727
            Jambi96,145
           Templat:Country data Papua88,991
            Jakarta68,227
           Templat:Country data West Papua40,087
 Malaysia728,465[2]
 Singapura15,000
Bahasa
bahasa Bugis, bahasa Melayu (termasuk bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia) dan lain-lain.
Agama
Majoriti
Islam 95%.
Kristian 5%
Minoriti
Tolotang
Kumpulan etnik berkaitan
Toraja, Mandar,Bone Makassar, Melayu.

Orang Bugis (Bahasa Bugis: ᨈᨚ ᨕᨘᨁᨗ To Ugi, Jawi: اورڠ بوݢيس)

Bangsa Melayu Bugis atau Suku Bugis adalah bangsa Austronesia daripada Kepulauan dan kini dengan populasi seramai tiga juta, mendiami hampir kesemua kawasan di Sulawesi Selatan. Penaklukan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan suku lain di Sumatera, Kalimantan, Jawa, Simunul, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Mereka adalah pedagang rempah-rempah dan kemenyan.

Etnik Bugis cukup terkenal di dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu dan di dalam bidang ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang berani, digelar dengan taktik propaganda yang berjaya oleh pesaing seperti Belanda dan Inggeris dan pedagang yang berjaya. Bugis bukanlah lanun seperti digambarkan serangan di laut tetapi ianya direka oleh pedagang barat khususnya Inggeris dan Belanda untuk mencemarkan imej Orang Bugis untuk bersaing dalam bidang pelabuhan. Pusat tumpuan utama bagi kebudayaan dan ekonomi etnik ini adalah Ujung Pandang atau dikenali sebagai Makassar. Orang Bugis juga merupakan penganut agama Islam dengan minoriti penganut kristian dan kepercayaan pra-islam dipanggil tolotang.

Sejarah Bugis

[sunting | sunting sumber]

Sejarah Awal Bugi Galigo

[sunting | sunting sumber]

Kerajaan pertama Bugis mengikut La Galigo ialah Wewang Nriwuk, Luwuk dan Tompoktikka. Luwuk mendapat kedudukan istimewa kerana ia dianggap sebagai ketua Bugis. Walau bagaimanapun, pada abad ke 15, berlakunya perubahan didalam sosio-politik, ekonomi dan agama disebabkan berlakunya migrasi penduduk dari persisiran pantai hingga ke tengah hutan belantara membuka penempatan baru. Di bidang ekonomi, penanaman padi sawah, pembuatan besi dan penggunaan kuda diperkenalkan. Dari segi agama, adat membakar mayat di sesetengah tempat mula diamalkan. Pada akhir abad ke 15, munculnya beberapa kerajaan baru menentang kerajaan Luwuk. Antaranya ialah Gowa (Makassar), Bone dan Wajo'. Kematian Dewaraja, seorang raja Luwuk, menyebabkan perebutan dinasti untuk memerintah Tana Ugi. Gowa bersekutu dengan Bone menawan Luwuk dan sekaligus mempunyai pengaruh yang besar ke atas Sulawesi Selatan.

Sejarah Awal Bugis menurut keturunan Raja Haji (Bugis di Semenanjung)

[sunting | sunting sumber]

Menurut kitab Tuhfat al-Nafis bahawa Keturunan Bugis berasal dari perkataan beribukan Ratu Balqis iaitu isteri kepada Nabi Sulaiman a.s. Kononnya, salah satu cicitnya bernama Sittik Melangkae telah mengetuai perdagangan purba di antara Kerajaan Saba'(Yaman) dengan bangsa ToTouraja di tanah Sulawesi. (To atau Tou- bermaksud bangsa / kaum dalam variasi bahasa malayo-polynesia)

Mereka mendapatkan bekalan logam/bijih besi yang berkualiti tinggi dari Tana Kadara (KedahkTuakemudian menjualnya ke pelabuhan Kerajaan Saba, Yaman dan sehingga ke Tana Ugi. Pelabuhan itu sehingga kini dipanggil Melangkae sempena nama cicit permaisuri sheba / kerajaan saba' tersebut.

Maka selain berdagang berlaku juga perkahwinan campur sehingga muncul pelbagai suku kaum Bugis seperti Makkasar, Wajoa, Bone, Andrika, Mandar dan To Ugi lain-lain. Selain itu, mereka masih mengekalkan budaya / amalan mengahwini puteri-puteri raja yang berdagang / meminta bantuan perang dengan mereka. Contohnya boleh dilihat seperti puteri raja Aceh, Puteri Raja Perak dan lain-lain.

Kononnya Bangsa Buqis ini telah menyatukan Bate Salapang (sembilan bendera) dengan cara diplomasi damai dan paksaan. Penggunaan kisah-kisah lama, payung merah, semangat nenek moyang dan agama digunakan untuk menyatukan pelbagai suku sehingga tertubuhnya kerajaan Gowa yang terkenal tersebut.

Namun begitu, pemberontakkan suku Bugis Bone Arung Palakka(1696) dengan bantuan VOC Belanda telah mengkhianati perjanjian ini, mengubah fakta sejarah dan menghilangkan sebahagian besar buku-buku sejarah penting bertulisan Makasar dan hanya mengekalkan sebahagian dari buku La Galigo untuk menghalalkan tindakannya menjatuhkan kerajaan Gowa pimpinan Sultan Hassanuddin(1670).

Kesannya, bangsa malayo polynesia yang ada tulisan tersendiri ini telah kehilangan banyak kisah dan fakta sejarah, kini yang tinggal hanya karya epik dongeng yang panjang bertujuan untuk melemahkan bangsa ini oleh penjajah Belanda.

Maka tidak hairanlah banyak pengaruh bahasa arab Yaman terutama dalam bahasa dan tulisan Makasar (hampir menyerupai tulisan lama di runtuhan empangan Ma'arib) yang terdedah pada perdagangan jarak jauh dan perhubungan dengan bangsa luar.

Semua ini dapat dilihat dengan jelas sebagai misal pengaruh bahasa;

"Teyai bura’ne punna tena ammallaki badik"

erti: Bukan lelaki jika tak memiliki badik

Perhatikan perkataan "ammallaki" adalah bunyi asal perkataan "malik" perkataan arab Yaman manakala budaya lelaki membawa senjata pendek adalah juga budaya bangsa Yaman dipanggil jambia.

berbeza dengan bahasa To Ugi;

Taniya ugi narekko de’na punnai kawali

erti: Bukan Ugi jika tak punyai Kawali.(juga menyerupai bentuk badik)

Bugis Mempawah

[sunting | sunting sumber]

Bugis Mempawah dibawa oleh Opu Daeng Menambon dari Kerajaan Matan (Tanjungpura) di Kabupaten Ketapang ke Kerajaan Mempawah yang dahulu bernama Panembahan Senggaok di Kabupaten Pontianak pada tahun 1737 M atau 1448 H.[3] Opu Daeng Menambon adalah keturunan Kerajaan Luwu, Sulawesi Selatan.[4] Opu Daeng Menambon datang ke Mempawah untuk menyebarkan agama Islam.[3] Selain menyebarkan agama Islam, Opu Daeng Menambon juga meneruskan tahta kerajaan Panembahan Senggaok yang pada saat itu dirangkap oleh sultan di Kerajaan Matan Tanjungpura.[3]

Berlayarnya Opu Daeng Manambon dari Kerajaan Matan Tanjungpura (Kabupaten Ketapang) diiringi sekitar 40 perahu.Saat masuk di Muara Kuala Mempawah, rombongan disambut dengan suka cita oleh masyarakat Mempawah. Penyambutan itu dilakukan dengan memasang berbagai kertas dan kain warna warni di rumah-rumah penduduk yang berada di pinggir sungai. Bahkan, beberapa warga pun menyongsong masuknya Opu Daeng Manambon ke Sungai Mempawah dengan menggunakan sampan. Terharu karena melihat sambutan rakyat Mempawah yang cukup meriah, Opu Daeng Manambon pun memberikan bekal makanannya kepada warga yang berada di pinggir sungai untuk dapat dinikmati mereka juga. Karena saat kedatangannya bertepatan dengan hari Minggu terakhir bulan Syafar, lantas rombongan tersebut menyempatkan diri turun di Kuala Mempawah.Selanjutnya Opu Daeng Manambon berdoa bersama dengan warga yang menyambutnya,mohon keselamatan kepada Allah agar dijauhkan dari bala dan petaka. Usai melakukan doa, kemudian dilanjutkan dengan makan bersama. Prosesi itulah yang kemudian dijadikan sebagai awal digelarnya hari Robo-robo,yang setiap tahun rutin dilakukan warga Mempawah, dengan melakukan makan di luar rumah bersama sanak saudara dan tetangga.

Pengislaman Bugis

[sunting | sunting sumber]

Sulawesi Selatan pada abad ke 16 mengalami suatu perubahan yang besar. Dalam tempoh masa ini, komuniti Bugis dan Makassar berjaya diislamkan oleh Abdul Makmur, seorang Minangkabau. Manakala pada pertengahan abad ke 16, Sulawesi Selatan dikuasai oleh Gowa dan Bone. Kerana kedua-dua negeri ingin meluaskan kuasa mereka, maka tercetuslah peperangan sesama mereka dan Bone dikalahkan. Sebagai membalas dendam, seorang putera Bone bernama Arung Palakka bersekutu dengan Belanda untuk menyerang Makassar. Pada tahun 1667-1777, Makassar jatuh ketangan Belanda dan ini menyebabkan migrasi Bugis ke Sumatra, Tanah Melayu dan Simunul.

Bugis Dan Pembentukan Indonesia

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1799, Belanda menguasai seluruh Sulawesi Selatan. Dalam tempoh pemerintahan Belanda, pelbagai unsur-unsur baru diperkenalkan seperti sistem cukai dan buruh paksa. Pendudukan Jepun pada tahun 1942 mengubah pemikiran rakyat Sulawesi Selatan terhadap Belanda. Pada tahun 1945, selepas pengunduran Jepun, Sukarno mengumumkan kemerdekaan Indonesia tanpa pengiktirafan Belanda. Ini mencetuskan pertumpahan darah di Indonesia. Belanda kemudiannya terpaksa berundur dari Indonesia selepas komuniti dunia mengiktiraf kemerdekaan Indonesia.

Sejarah Bugis Di Tanah Melayu

[sunting | sunting sumber]
Muzium Bugis di Pontian, Johor.

Bugis memainkan peranan yang penting dalam sejarah di Tanah Melayu. Mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam politik dan perbalahan negeri-negeri Melayu ketika itu, terutama sekali negeri Johor. Ia bermula apabila Daeng Loklok ingin memerintah Johor tetapi tidak dipersetujui oleh pemerintah negeri Johor Riau Lingga ketika itu, iaitu Raja Kechil. Ini menyebabkan Daeng Loklok atau Bendahara Husain meminta bantuan Raja-Raja Bugis untuk menumpaskan Raja Kechil. Bermula dari sinilah campur tangan Bugis di Tanah Melayu. Malah,Raja Ali, anak Daeng Chelak, Raja Lumu, dinobatkan sebagai Sultan Selangor pertama.

Masyarakat

[sunting | sunting sumber]

Pembahagian gender

[sunting | sunting sumber]

Menurut Sharyn Graham, kepercayaan tradisional Bugis, tidak mengehadkan dua jenis/cenda kelamin kepada dua sahaja tetapi sehingga lima, iaitu:[5]

  • ᨕᨚᨑᨚᨕᨊᨛ oroane - lelaki;
  • ᨆᨀᨋᨕᨗ makunrai - perempuan;
  • ᨌᨒᨒᨕᨗ calalai (dari ᨔᨒ ᨒᨕᨗ sala lai, "hampir lelaki") - yang lahir perempuan tapi berpenampilan seperti layaknya lelaki (translaki);
  • ᨌᨒᨅᨕᨗ calabai (dari ᨔᨒ ᨅᨕᨗᨊᨛ sala baine "hampir perempuan") - yang lahir lelaki tapi berpenampilan seperti layaknya perempuan (transpuan);
  • ᨅᨗᨔᨛᨔᨘ bissu, yang dianggap sebagai kombinasi dari semua jenis kelamin di atas,[6][7]

Golongan bissu berperanan sebagai pawang dalam upacara istiadat penting.[8]


Bahasa Bugis

[sunting | sunting sumber]
Konsonan Lontara

Etnik Bugis mempunyai bahasa tersendiri dikenali sebagai Bahasa Bugis (Juga dikenali sebagai Ugi). Konsonan di dalam Ugi pula di kenali sebagai Lontara yang berdasarkan tulisan Brahmi.

Tulisan Bugis

[sunting | sunting sumber]

Tulisan bugis adalah tulisan disusun berdasarkan bentuk alam persekitaran tropika seperti bentuk gunung, bukit sungai dalam bentuk mudah dan ringkas kerana kaedah penulisan (material penulisan) samada menggunakan lidi /kayu atau menggunakan badek/kawali di atas daun lontar atau digarit (bukan ukiran atau pahat) terus di atas tanah dan batu untuk tujuan komunikasi dipersekitaran hutan tropika yang mempunyai persamaan ketara dengan pelbagai tulisan di asia tenggara seperti tulisan rencong dan lempong dan lain-lain. Corak tulisan ringkas ini amat penting sebagai alat komunikasi dalam persekitaran mereka.

Tulisan ini berevolusi dari tulisan berdasarkan piktorial atau perwakilan simbol sebagai misal huruf "nya" asalnya adalah simbol tangan yang digengam sebagai simbol kepada sesuatu perkara berubah kepada garisan bergerigi tumpul untuk meringkaskan lagi huruf tersebut. Ini masih dapat di lihat dalam variasi tulisan rencong dan lampung di Sumatera.

Sistem ejaan

[sunting | sunting sumber]

Sistem ejaannya adalah sama seperti mana sistem ejaan tulisan-tulisan yang wujud di asia tenggara lain, tidak sama dengan versi tulisan di bawah pengaruh brahmi atau palava/kawi yang lain.

Tokoh-Tokoh Bugis

[sunting | sunting sumber]

Sastera Bugis

[sunting | sunting sumber]

La Galigo

[sunting | sunting sumber]

La Galigo adalah epik terpanjang dunia. Ia wujud sebelum epik Mahabrata. La Galigo tidak boleh diterima sebagai teks sejarah kerana ia penuh dengan mitos dan peristiwa-peristiwa luar biasa. Walau bagaimanapun, ia tetap memberi gambaran kepada sejarahwan mengenai kebudayaan Bugis sebelum abad ke 14.

  1. ^ Akhsan Na'im, Hendry Syaputra (2011). Kewarganegaraan, Suku Bangsa, Agama dan Bahasa Sehari-hari Penduduk Indonesia Hasil Sensus Penduduk 2010. Badan Pusat Statistik. ISBN 9789790644175.
  2. ^ Mukrimin (2019). "Moving the Kitchen out": Contemporary Bugis Migration. Southeast Asian Studies.
  3. ^ a b c "Upacara Robo-robo". kerajaannusantara.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-12. Dicapai pada 3 Juni 2014.21.00. Check date values in: |accessdate= (bantuan); Invalid |url-status=[pautan mati] (bantuan)
  4. ^ "Sejarah Robo-Robo". pontianak.web.id. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-11. Dicapai pada 3 Juni 2014.21.00. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  5. ^ Graham Davies, Sharyn (2006). Challenging Gender Norms: Five Genders Among Bugis in Indonesia. Case Studies in Cultural Anthropology. Thomson Wadsworth. m/s. xi. ISBN 978-0-495-09280-3. OCLC 476076313.
  6. ^ Graham, Sharyn (2001). "Sulawesi's fifth gender". Inside Indonesia. No. 66. Indonesian Resources and Information Program. ISSN 0814-1185.
  7. ^ Pelras, C. 2006. "Manusia Bugis". Penerjemah: Abdul Rahman Abu, Hasriadi, Nurhady Sirimorok ; penyunting terjemahan, Nirwan Ahmad Arsuka, Ade Pristie Wahyo, J.B.Kristanto ; pengantar, Nirwan Ahmad Arsuka. Penerbit Nalar bekerjasama dengan Forum Jakarta-Paris, École Française d'Extrême-Orient. ISBN: 979993950X
  8. ^ Ibrahim, Farid M (27 February 2019). "Homophobia and rising Islamic intolerance push Indonesia's intersex bissu priests to the brink". Australian Broadcasting Corporation News. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 February 2019. Dicapai pada 27 February 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]