Pergi ke kandungan

Pinoy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pinoy (/ˈpɪnɔɪ/) ialah nama samaran merujuk kepada rakyat Filipina di Filipina dan budaya mereka serta kepada rakyat Filipina perantauan dalam diaspora Filipina.[1][2] Seorang Pinoy dengan kacukan keturunan asing dipanggil Tisoy, dipendekkan untuk Mestizo.

Jumlah tidak khusus rakyat Filipina merujuk kepada diri mereka sendiri sebagai Pinoy atau kadangkala Pinay (/ˈpɪn/) feminin bukannya istilah piawai, Filipino.[1] Filipino atau orang Filipina ialah istilah meluas untuk memanggil rakyat Filipina di Filipina. Istilah ini boleh dibentuk dengan mengambil empat huruf terakhir Filipino dan menambah akhiran diminutif -y dalam bahasa Tagalog (akhiran ini biasanya digunakan dalam nama samaran Filipina: contohnya "Nonoy" atau "Kokoy" atau "Toytoy" . Pinoy telah digunakan untuk pengenalan diri sebagai gelombang pertama rakyat Filipina menuju ke Amerika Syarikat benua sebelum Perang Dunia II dan telah digunakan samada dalam bentuk pejoratif dan sebagai bentuk kasih sayang, serupa dengan Desi.[3][4] Biarpun Pinoy dan Pinay dianggap sebagai penghinaan oleh sesetengan belia Filipina-Amerika, ayat ini telah digunakan secara meluas dan dalam kegunaan arus perdana terutamanya di kalangan ahli massa Filipina dan Filipina Amerika.[5]

Pinoy telah dicipta untuk membezakan pengalaman mereka yang berhijrah ke Amerika Syarikat, namun kini ialah istilah slanga yang digunakan bagi merujuk kepada yang berketurunan Filipina.[1] "Muzik Pinoy" memberi kesan kepada iklim sosio-politik pada 1970-an dan telah dikerahkan oleh Presiden Filipina Ferdinand Marcos dan Revolusi Kuasa Rakyat yang menjatuhkan rejim beliau. Kegunaan arus perdana pada masa kini bertumpu pada hiburan (Pinoy Big Brother) yang boleh ditonton di Pinoy Tambayan[6] dan muzik (Pinoy Idol), yang memainkan peranan ketara dalam membangunkan identiti negara dan budaya.

  1. ^ a b c de Jesus, Melinda L. (2005). Pinay Power: Feminist Critical Theory : Theorizing the Filipina/American Experience. Routledge. ISBN 9780415949828. Dicapai pada August 18, 2008.
  2. ^ Rodell, Paul A. (2001). Culture and Customs of the Philippines. Greenwood Publishing Group. m/s. 218. ISBN 9780313304156. Dicapai pada August 18, 2008.
  3. ^ Posadas, Barbara Mercedes (1999). The Filipino Americans. Greenwood Publishing Group. m/s. 165. ISBN 9780313297427. Dicapai pada August 18, 2008.
  4. ^ Coronadon, Marc (2004). Crossing Lines: Race and Mixed Race Across the Geohistorical Divide. Rowman & Littlefield. m/s. 91. ISBN 9780970038418. Dicapai pada August 18, 2008.
  5. ^ Leonard, George (1999). The Asian Pacific American Heritage: A Companion to Literature and Arts. Taylor & Francis. m/s. 484. ISBN 9780815329800. Dicapai pada August 18, 2008.
  6. ^ "Pinoy TV website to watch all Pinoy Tambayan shows of Pinoy Channel". Pinoy TV Shows.