Raúl Castro
Raúl Castro | |
---|---|
Menyandang jawatan 24 Februari 2008 Pemangku: 31 Jul 2006 hingga 24 Feb 2008 | |
Naib Presiden | Naib Presiden Pertama: José Ramón Machado Ventura Naib Presiden lain: Juan Almeida Bosque Julio Casas Regueiro Esteban Lazo Carlos Lage Dávila Abelardo Colomé |
Didahului oleh | Fidel Castro |
Dalam jawatan 2 Disember 1976 – 24 Februari 2008 | |
Digantikan oleh | José Machado Ventura |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Birán, Holguín, Cuba | 3 Jun 1931
Parti politik | Parti Komunis Cuba |
Pasangan | Vilma Espín (1959 – 2007; balu) |
Raúl Modesto Castro Ruz (dilahirkan pada 3 Jun 1931) adalah Presiden Cuba (secara rasmi: Presiden Majlis Negara Cuba). Beliau merupakan adik lelaki Fidel Castro - pengasas negara Cuba. Raul Castro merupakan Setiausaha Majlis Politburo Parti Komunis Cuba (PCC), dan Ketua Panglima Angkatan Bersenjata (Tentera, Tentera Laut, dan Tentera Udara Cuba.
Pasa 31 Julai 2006, Raúl Castro memangku tugas-tugas Presiden kerana penyakit Fidel Castro yang semakin serius. Menurut Perlembagaan Cuba Artikel 94, timbalan presiden akan memangku tugas presiden apabila Presiden sakit atau meninggal dunia.
Raúl Castro telah dilantik secara rasmi sebagai Presiden Cuba pada 24 Februari 2008. Abangnya Fidel Castro memerintah Cuba hampir 50 tahun.
Pencalonan sebagai presiden
[sunting | sunting sumber]Raul Castro berjaya mengenepikan calon lebih muda sebagai pemimpin revolusi seperti Jose Ramon Machado. Jose Ramon Machado menjadi Timbalan Presiden Cuba. Ini menandakan tiada perubahan politik yang besar akan berlaku dalam tempoh terdekat. Lain-lain calon ialah Carlos Lage (56).
Abangnya Fidel Castro akan terus menjadi 'Panglima Revolusi Cuba' iaitu bertaraf penasihat kerajaaan selepas bersara.