Rampasan kuasa Sudan 2021
Rencana ini menerangkan hal semasa. Maklumatnya besar kemungkinan berubah-ubah seiring dengan perkembangan peristiwa, dan laporan berita awal tidak semestinya boleh dipercayai. Kemas kini terakhir bagi rencana ini tidaklah membayangkan maklumat yang paling terkini. (Oktober 2021) |
Rampasan kuasa Sudan 2021 | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Peralihan Sudan kepada demokrasi 2019–2024 | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Majlis Kedaulatan Sudan Penunjuk perasaan awam | |||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Abdalla Hamdok # Ibrahim al-Sheikh # Ayman Khalid # Hamza Baloul # Mohamed al-Faki # Faisal Saleh # | Abdel Fattah al-Burhan | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
10 orang awam terbunuh, 140 cedera[4] | |||||||
Rampasan kuasa Sudan 2021 ialah sebuah rampasan kuasa oleh tentera Sudan pada 25 Oktober yang menguasai pemerintah. Sekurang-kurangnya lima orang pegawai kanan pemerintahan telah ditahan.[5] Perdana Menteri Abdalla Hamdok telah dipindahkan oleh pasukan rampasan kuasa ke lokasi yang tidak diketahui selepas beliau enggan mengisytiharkan sokongan kepada gerakan rampasan kuasa. Hamdok menyeru penentangan dari rakyat terhadap gerakan berkenaan.[6] Gangguan internet yang meluas turut dilaporkan. Pada 25 Oktober, Majlis Kedaulatan yang memerintah Sudan sejak 2019 telah dibubarkan dan darurat telah diisytiharkan.[7] Pada hari yang sama, majoriti Kabinet Hamdok dan sejumlah besar penyokong pro-pemerintah telah ditahan.[1] Kumpulan awam utama termasuk Persatuan Profesional Sudan dan Angkatan Kebebasan dan Perubahan menyeru kepada keingkaran awam dan enggan bekerjasama dengan penganjur rampasan kuasa.[8] Tunjuk perasaan besar-besaran berlaku pada 25 Oktober menentang rampasan kuasa, dengan tindak balas berdarah dilakukan oleh tentera. Tujuh orang awam terbunuh dan lebih 140 cedera semasa tunjuk perasaan pada hari itu.[4]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Presiden Omar al-Bashir, yang telah memerintah negara itu sejak rampasan kuasa 1989, telah digulingkan oleh tentera pada April 2019 selepas beberapa minggu berlaku bantahan besar-besaran, dengan Majlis Tentera Peralihan mengambil alih kuasa. Tunjuk perasaan berterusan selama beberapa bulan. Pembunuhan beramai-ramai Khartoum juga terjadi pada Jun. Penunjuk perasaan, yang diwakili oleh Kekuatan Kebebasan dan Perubahan (FFC) bersetuju dengan perjanjian perkongsian kuasa dengan tentera, mewujudkan Majlis Kedaulatan pada Ogos 2019. Menurut perjanjian TMC–FFC, proses peralihan akan berlangsung selama 3 tahun dan 3 bulan. Majlis Kedaulatan akan diketuai oleh seorang tokoh tentera selama 21 bulan, diikuti oleh seorang pemimpin awam selama 18 bulan. Penyerahan itu dirancang untuk dilakukan pada November 2021.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Sudan cabinet members, others arrested in apparent coup – Reuters witness" (dalam bahasa Inggeris). Reuters. 25 Oktober 2021. Dicapai pada 25 Oktober 2021.
- ^ "'Utterly unacceptable': World reacts to Sudan 'coup'". Al Jazeera English (dalam bahasa Inggeris). 25 Oktober 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Oktober 2021. Dicapai pada 26 Oktober 2021.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:3
- ^ a b "Sudan coup: Protests continue after military takeover". BBC (dalam bahasa Inggeris). 25 Oktober 2021.
- ^ "Sudan's PM and other leaders detained in apparent coup attempt", The Guardian (dalam bahasa Inggeris), Sudan, 25 Oktober 2021
- ^ "Sudan military seizes power, arrests PM and civilian Ministers in dawn coup". Radio Dabanga (dalam bahasa Inggeris). 25 Oktober 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Oktober 2021. Dicapai pada 26 Oktober 2021.
- ^ "Sudan's Burhan declares state of emergency, dissolves government" (dalam bahasa Inggeris). Reuters. 25 Oktober 2021. Dicapai pada 25 Oktober 2021.
- ^ "At least four dead as Sudan military fire on anti-coup demonstrators". Radio Dabanga (dalam bahasa Inggeris). 25 Oktober 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Oktober 2021. Dicapai pada 26 Oktober 2021.
Ralat petik: Tag <ref>
dengan nama "Dabanga_UNSG_calls_immediate_release" yang ditentukan dalam <references>
tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref>
dengan nama "NYT_casting_democratic_transition" yang ditentukan dalam <references>
tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref>
dengan nama "ThomReut_mass_protests" yang ditentukan dalam <references>
tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref>
dengan nama "Dabanga_mass_protests_second_day" yang ditentukan dalam <references>
tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref>
dengan nama "ThomReut_Burhan_says_army" yang ditentukan dalam <references>
tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
<ref>
dengan nama "Dabanga_world_condemns" yang ditentukan dalam <references>
tidak digunakan dalam teks sebelumnya.