Runtuhan bangunan Thane 2013
Tarikh | 4 April 2013 |
---|---|
Lokasi | Mumbra, pinggir bandar Thane, Maharashtra, India |
Koordinat | 19°08′45″N 73°02′36″E / 19.145898°N 73.043361°EKoordinat: 19°08′45″N 73°02′36″E / 19.145898°N 73.043361°E |
Kematian | 42–67, bergantung kepada sumber berita |
Kecederaan | 60–70, bergantung kepada sumber berita |
Pada 4 April 2013, sebuah bangunan telah runtuh di Mumbra, Maharashtra, sebuah negeri di India.[1] Mengikut Associated Press, 62 orang telah terbunuh dan kira-kira 70 orang telah tercedera.[2][nb 1] Usaha-usaha menyelamat sedang giat dijalankan untuk membersihkan runtuhan dan mengenalpasti sesiapa lagi yang terperangkap di dalam bangunan.[3] Dilaporkan terdapat 20 orang yang telah hilang dan para pekerja sukar untuk mencari mangsa di dalam tiga tingkat bangunan ini kerana tingkat-tingkat ini bertindih di dalam runtuhan ini.[2][5]
Bangunan ini sedang dalam pembinaan dan tidak mempunyai sijil layak menduduki (OC) bagi 100 ke 150 penduduknya yang berpendapatan rendah dan sederhana.[3][5] Dilaporkan bahawa bangunan ini dibina secara haram di atas kawasan hutan dan pembina mahu bangunan ini didiami untuk mengelakkan bangunan itu diruntuhkan.
Mereka yang menetap di dalam bangunan ini adalah pekerja-pekerja pembinaan dan keluarga dengan anak-anak yang menghadiri kelas tuisyen di bangunan yang sama. Fokus utama buat masa sekarang adalah aktiviti menyelamat. Penyiasatan polis kini sedang dijalankan, termasuklah usaha untuk mengesan pembina bangunan ini dan mengenakan dakwaan "homisid salah" ke atasnya. Penyiasatan juga telah dimulakan untuk menyiasat sejauh mana pegawai-pegawai kerajaan yang bertanggungjawab untuk peristiwa-peristiwa yang membawa kepada keruntuhan bangunan haram ini. Pada 5 April, seorang pegawai polis senior dan Timbalan Pesuruhjaya telah digantung kerja kerana keabaian tugas.
Runtuhan
[sunting | sunting sumber]Pada 6:30 pm IST (13:00 UTC), 4 April 2013, sebuah bangunan telah runtuh di Kompaun Laxmi di Mumbra, Maharashtra, India.[1][3][4][5][6] Bangunan ini runtuh dengan cepat. Pertama, sebahagian bangunan itu runtuh, kemudian keseluruhan bangunan itu runtuh. Seorang saksi bernama Ramai menggambarkan peristiwa itu, "Bangunan itu runtuh seperti satu pek kad dalam masa tiga ke empat saat."[3]
Menurut Hasina Shaikh, seorang pelajar sekolah perempuan yang tinggal di tingkat kelima dengan keluarganya: "Saya baru pulang dari sekolah dan sedang menukar pakaian apabila bangunan itu mula bergegar dan runtuh di atas kami semua... Apabila saya sedar kemudian, saya berada di hospital." Dia menganggap dirinya bertuah kerana terselamat.[3]
Salah seorang mangsa yang terselamat ialah seorang bayi perempuan berusia 10 bulan, tetapi keluarganya tidak dapat ditemui.[2]
Bangunan dalam pembinaan
[sunting | sunting sumber]Bangunan ini, dengan pejabat-pejabat dan apartmen, sedang dalam pembinaan enam minggu sebelum bencana ini, tetapi terdapat pelbagai laporan tentang sejauh mana lengkapnya pembinaan tingkat kelapan bangunan ini. Sekurang-kurangnya tingkat kelapan masih dalam pembinaan, tetapi tingkat kelima hingga kelapan mungkin masih dalam pembinaan. Walaupun tidak mempunyai sebarang sijil layak menduduki, empat tingkat pertama bangunan ini telah didiami secara haram oleh pekerja-pekerja pembinaan yang membina bangunan ini dan keluarga-keluarga yang anak-anak mereka menghadiri kelas tuisyen di dalam bangunan itu. Dipercayai bahawa pembina mahu bangunan ini didiami untuk mengelakkannya daripada dimusnahkan.[3][4][5][6]
Pembinaan di atas tanah hutan
[sunting | sunting sumber]Bangunan ini telah menarik perhatian Pesuruhjaya Perbandaran RA Rajeevsaid kerana bangunan ini dibina secara haram di atas tanah hutan. Katanya, "Kami telah berulang kami meminta jabatan hutan untuk mengambil tindakan. Kami telah meminta MSEB (Lembaga Elektrik Negeri Maharashtra) untuk memotong bekalan elektrik ke bangunan itu. Kami telah mengeluarkan notis kepada 250 bangunan haram di dalam sabuk ini. Kami mencuba penyingkiran secara paksa. Ia tidak mudah. Juga ianya adalah kawasan yang sesak, peralatan kami tidak boleh digunakan di sana."[6]
Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Is Municipality as much to blame as builders for Thane building collapse?" Diarkibkan 2013-04-07 di Wayback Machine IBN. 4 April 2013. Diperoleh 5 April 2013.
- ^ a b c d CHONCHUI NGASHANGVA and RAFIQ MAQBOOL, Associated Press (5 April 2013). "Death toll hits 62 in India building collapse". Associated Press. Dicapai pada April 05 2013. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ a b c d e f g "India building collapse near Mumbai kills 45." BBC News. 5 April 2013. Diterima 5 April 2013.
- ^ a b c Jethro Mullen and Harmeet Shah Singh. "At least 46 people killed in India building collapse." CNN. 5 April 2013. Diterima 5 April 2013.
- ^ a b c d e "45 killed as building collapses in India (PHOTOS)" RT News 5 April 2013. Diterima 5 April 2013.
- ^ a b c d Shoaib Ahmed, CNN-IBN. "Thane building collapse: 67 dead, marathon rescue operation still on." Diarkibkan 2013-04-07 di Wayback Machine IBN 5 April 2013. Diterima 5 April 2013.