Sos Normande
Sos Normande, juga dirujuk sebagai sos Normandy dan sauce Normande, ialah masakan sos yang disediakan dengan velouté, velouté ikan atau stok ikan, krim, mentega dan kuning telur sebagai bahan utama.[1][2][3][4] Beberapa versi boleh disediakan menggunakan kedua-dua velouté ikan dan stok ikan.[4] Ada yang boleh disediakan hanya menggunakan asas velouté dan penambahan krim, yang dimasak bersama-sama.[3] Sider epal atau wain putih kering juga boleh digunakan sebagai bahan utama.[5]
Beberapa versi boleh menggunakan cendawan[4] atau kicap cendawan dalam penyediaannya.[6] Bahan-bahan tambahan mungkin termasuk cairan ikan (sos ikan), cairan tiram, cairan cendawan dan jus lemon.[7][8] Perisa mungkin termasuk cili merah, lada hitam dan garam.[1] Sesetengahnya juga ditapis sebelum digunakan.[7] Sos itu boleh digunakan dengan hidangan makanan laut, hidangan fettuccine dan pada sayur-sayuran.
Hidangan dengan sos Normande
[sunting | sunting sumber]Ia boleh disajikan dengan makanan laut seperti hidangan yang disediakan dengan kerang dan ikan.[2][3] Resipi 1911 dari Minneapolis, Minnesota menggunakan sos sebagai hiasan pada hidangan ikan.[1] Sole Normande adalah hidangan yang disediakan dengan menggunakan ikan sisa Nabi yang dicurah dengan sos Normande.[4]
Ia kadang kala digunakan dengan hidangan fettuccine, seperti fettuccine ayam.[9] Ia juga boleh dihidangkan dengan sayur-sayuran untuk menambah perisa, seperti asparagus, kubis bunga, kacang pea hijau, lobak merah dan saderi.[10]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Ramblers' Club (Minneapolis, Minn.) (1911). Club Woman's Cook Book. M.A. Donohue & Company, printers. m/s. 24.
- ^ a b Sinclair, Charles Gordon (1998). International Dictionary of Food and Cooking. Taylor & Francis. m/s. 373. ISBN 1579580572.
- ^ a b c Pomiane, Edouard de (1994). French Cooking in Ten Minutes. Macmillan. m/s. 40–41. ISBN 086547480X.
- ^ a b c d Sokolov, Raymond A. (1976). The Saucier's Apprentice. Knopf. m/s. 152–154. ISBN 0394489209.
- ^ Grigson, Jane (2010). Charcuterie and French Pork Cookery. Casemate Publishers. m/s. 54–55. ISBN 1908117931.
- ^ Reed, Myrtle (2012). How to Cook Fish. Tredition. ISBN 3847211749.
- ^ a b Senn, Charles (2008). The Book of Sauces. Applewood Books. m/s. 72. ISBN 1429012544.
- ^ Escoffier, Auguste (1969). The Escoffier Cook Book. Crown. m/s. 41–42. ISBN 0517506629.
- ^ Dragicevich, Peter (2010). Brittany and Normandy. Lonely Planet. m/s. 201. ISBN 1741042380.
- ^ Crockett, Pam (2012). Wheat Cookin' Made Easy. Familius. ISBN 1938301498.