Stesen MRT Metro Prima
Metro Prima | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Lokasi | Stesen MRT Metro Prima, Jalan Kepong, Kepong, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia. | ||||||||||
Koordinat | 3°12′23″N 101°34′49″E / 3.20639°N 101.58028°EKoordinat: 3°12′23″N 101°34′49″E / 3.20639°N 101.58028°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||
Laluan | 12 Laluan Putrajaya | ||||||||||
Platform | 1 platform tengah | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Pengendali kereta api | RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia) | ||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: T112, T113, T114, T152 Selangor Bus (Selangor Omnibus): 100, 103, 104, 107 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Ada | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Status | Beroperasi | ||||||||||
Kod stesen | PY09 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 16 Jun 2022 | ||||||||||
Dielektrikkan | Ya | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen MRT Metro Prima adalah stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia di mana Laluan Putrajaya berkhidmat di stesen ini. Stesen ini telah dibuka rasmi pada 16 Jun 2022 dibawah pembukaan Fasa 1 laluan tersebut. Ia terletak di antara Stesen MRT Sri Damansara Timur dan Stesen MRT Kepong Baru serta mempunyai kod stesen iaitu PY09.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Projek Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya yang kini dikenali sebagai Laluan Putrajaya telah mula dibina secara rasmi pada 15 September 2016. Pada hari yang sama juga, nama stesen "Metro Prima" diumumkan sebagai salah-satu stesen Laluan MRT Putrajaya di dalam video "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" di saluran rasmi MRT Corp di Youtube dengan kod S05.[2][3]
Pembukaan stesen-stesen Laluan Putrajaya terbahagi kepada dua fasa; Fasa 1 dan Fasa 2. Pada asalnya, Stesen MRT Metro Prima akan dibuka di bawah Fasa 1 pada Jun 2021 bersama-sama dengan stesen lain iaitu dari Stesen MRT Kwasa Damansara hingga ke Stesen MRT Kampung Batu.[4] Namun, ia telah ditangguhkan ke November 2021, tetapi ia dibatalkan juga akibat pandemik COVID-19 di Malaysia.[5] MRT Corp telah membuat keputusan akhir dengan membuka stesen Laluan Putrajaya yang di bawah Fasa 1 secara rasmi pada 16 Jun 2022.[6]
Stesen MRT Metro Prima merupakan sebahgian daripada projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT).[7]
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Lokasi
[sunting | sunting sumber]Stesen ini terletak di utara Jalan Besar Kepong. Ia terletak di dalam kawasan perbandaran Metro Prima dan berdekatan dengan Pejabat Pos Kepong, AEON Mall Metro Prima, Pangsapuri Suria Magna, Pekan Kepong Setia, Jalan Metro Prima dan Jalan Metro Perdana Barat 1.[3]
Pelan stesen
[sunting | sunting sumber]L2 Platform MRT |
PY Arah Selatan | → 12 Laluan Putrajaya menghala ke PY41 Putrajaya Sentral (Kepong Baru) |
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan | ||
PY Arah Utara | ← 12 Laluan Putrajaya menghala ke PY04 Kwasa Damansara (Sri Damansara Timur) | |
L1 | Aras legar | Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dan mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Putrajaya. Terdapat dua platform menuju ke terminus laluan; Platform 1 ke Putrajaya Sentral manakala Platform 2 menuju ke Kwasa Damansara.[3] Berdasarkan, Peta Transit Berintergerasi Lembah Klang, Stesen MRT Metro Prima dilengkapi dengan kemudahan parkir atau Park and Ride.[1] Terdapat kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda. Selain itu, tandas awam, surau, pusat perkhidmatan pelanggan dan eskalator turut disediakan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna MRT. Untuk pembelian tiket, pengguna boleh membelinya melalui mesin tiket layan diri. Stesen ini juga dilengkapi dengan perkhidmatan bas pengantara.[8]
Pintu stesen
[sunting | sunting sumber]Secara keseluruhannya, Stesen MRT Metro Prima mempunyai dua pintu masuk dan keluar utama dan masing-masing terletak di aras tanah. Kedudukan Pintu A terletak di utara stesen atau Jalan Metro Perdana Barat 1 dan mempunyai kemudahan asas seperti tangga dan tangga gerak (eskalator) serta lif yang sesuai untuk pengguna orang kurang upaya. Perkhidmatan bas tempatan-ulang alik T112, T113 dan T114 beroperasi sepenuhnya di pintu A dan B. Kedudukan Pintu B pula terletak di selatan stesen, mengarahkan pengguna ke hentian kenderaan peribadi, teksi, perkhidmatan e-panggilan dan bas pengantara di Jalan Besar Kepong, berhampiran persimpangan Jalan Metro Prima.[9][10]
Stesen Laluan Putrajaya — Metro Prima | |||
Pintu | Lokasi | Destinasi | Gambar |
---|---|---|---|
A | Utara stesen | Jalan Metro Perdana Barat 1 Templat:Taxi icon Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi, Taman Usahawan Kepong, Park and Ride Metro Prima, Taman Industri Ringan Seri Edaran |
|
B | Selatan stesen | Jalan Besar Kepong Hentian sebelah untuk teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, AEON Mall Metro Prima, Plaza Metro Prima, Jalan Metro Prima, Jalan Metro 2, Pangsapuri Mutiara Magma |
Perkhidmatan bas
[sunting | sunting sumber]Laluan | Koridor | Pengendali | Terminal[9] | Jumlah perhentian | Ruj. | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
T112 | Koridor Jalan Ipoh | Rapid KL | MRT Metro Prima Pintu B | ↺ | Taman Kepong | 8 stesen | [11] |
T113 | MRT Metro Prima Pintu A | ↺ | Kepong Entrepreneurs Park | 8 stesen | [12] | ||
T114 | MRT Metro Prima Pintu A | ↺ | Bandar Baru Selayang | 32 stesen | [13] | ||
T152 | MRT Metro Prima Pintu A | ↺ | Pusat Bandar Selayang | stesen | [14] |
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Mesin tiket di aras legar Stesen MRT Metro Prima.
-
Eskalator ke platform untuk perkhidmatan Laluan Putrajaya.
-
Permandangan stesen dari Pintu B.
-
Stesen Metro Prima pada 21 Januari 2020.
-
Platform MRT Metro Prima.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2021. Dicapai pada 20 Februari 2022.
- ^ MRT Malaysia (2016-09-15). "MRT Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" [Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya (SSP).]. Youtube. Dicapai pada 2021-12-12.
- ^ a b c "Latest Update: MRT 2 Route Map of all Stations (Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya Line)" [Kemas Kini Terkahir: Peta Semua Stesen Laluan MRT2 (Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya)]. chatpropertymalaysia.com (dalam bahasa Inggeris). Chat Property Malaysia. 14 Mei 2015. Dicapai pada 20 Februari 2022.
- ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
- ^ Shahrizan Salian (4 Oktober 2021). "Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya dibuka November". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2021-10-18.
- ^ Astro Awani (16 Jun 2022). "Fasa 1 MRT laluan Putrajaya beroperasi hari ini". Astro Awani. Dicapai pada 9 Julai 2022.
- ^ Izzul Ikram (4 Oktober 2021). "Phase 1 of MRT Putrajaya line to open in November, Phase 2 now 93.52% completed" (dalam bahasa Inggeris). The Edge Market Malaysia. Dicapai pada 2021-10-18.
- ^ "Metro Prima". Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. Dicapai pada 2021-10-18.
- ^ a b "Rapid KL & MRT Feeder Bus Service Info" [Maklumat Perkhidmatan Bas Rapid KL dan Bas Pengantara MRT]. RapidKL (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2022.
- ^ "Metro Prima MRT Station" [Stesen MRT Metro Prima]. mrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2022.
- ^ "Bas Pengantara MRT Laluan Putrajaya | Laluan T112 (MRT Metro Prima — Taman Kepong)". RapidKL (dalam bahasa Inggeris). 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
- ^ "Bas Pengantara MRT Laluan Putrajaya | Laluan T113 (MRT Metro Prima — Kepong Entrepreneurs Park)". RapidKL (dalam bahasa Inggeris). 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
- ^ "Bas Pengantara MRT Laluan Putrajaya | Laluan T114 (MRT Metro Prima — Bandar Baru Selayang)". RapidKL (dalam bahasa Inggeris). 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
- ^ "从美罗柏丽玛捷运站出发 T152巴士川行士拉央再也 - 地方 - 都市动态". 星洲网 Sin Chew Daily Malaysia Latest News and Headlines (dalam bahasa Cina). 2023-10-23. Dicapai pada 2023-11-11.