Synapsida
Synapsida Julat zaman:
| |
---|---|
Rangka Dimetrodon grandis, National Museum of Natural History | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Klad: | Reptiliomorpha |
Klad: | Amniota |
Klad: | Synapsida Osborn, 1903 |
Subkumpulan | |
Sinonim | |
Theropsida Seeley, 1895[1] |
Synapsida (Yunani, 'lengkung lakur'), sinonim dengan theropsida (Yunani, 'muka satwa'), merupakan golongan haiwan yang mencakupi mamalia dan setiap haiwan yang lebih rapat bersaudara dengan mamalia daripada mana-mana hidupan amniot yang lain.[2] Synapsida mudah dibezakan daripada amniot lain dengan mempunyai fenestra temporal separated from other amniotes by having a temporal fenestra, bukaan di bawah bumbung tengkorak di belakang setiap mata yang meninggalkan lengkungan tulang di bawah setiap satu, dari mana diperoleh namanya.[3] Sinapsida primitif biasanya dipanggul pelikosaur sementara yang lebih maju seakan mamalia pula terapsida. Ahli-ahli bukan mamalia diperikan sebagai reptilia seakan mamalia dalam sistematik klasikal;[4][5] ia juga boleh bergelar mamalia tunjang atau proto-mamalia.[6] Synapsida berevolusi daripada amniot asas dan merupakan salah satu daripada dua kumpulan besar amniot lanjut; yang satu lagi ialah Sauropsida yang mencakupi reptilia dan burung moden. Ciri-ciri khas fenestra temporal berkembang dalam leluhur Sinapsida sekitar 312 juta tahun dahulu, pada zaman Karboniferus Akhir.
Synapsida merupakan vertebrat daratan terbesar pada zaman Permia, iaitu, 299–251 juta tahun dahulu, namun mungkin ditandingi oleh sesetengah Pareiasuria besar-besar pada akhir zaman Permia. Seperti mana kumpulan-kumpulan lain yang wujud ketika itu, bilangan dan kepelbagaiannya jatuh mendadak sewaktu kepupusan Perm–Trias. Ketika kepupusan inilah semua bentuk Synapsida lama (iaitu Pelycosauria) sudah pun tiada, digantikan oleh Therapsida yang lebih maju. Menerusi Dicynodontia, dan Eutheriodontia yang terdiri daripada Eutherocephalia (Therocephalia) dan Epicynodontia (Cynodontia), berterusan hingga zaman Trias sebagai satu-satunya kumpulan Therapsida yang tinggal, Archosauria menjadi vertebrat daratan yang paling besar dan banyak pada zaman ini. Kumpulan Cynodontia Probainognathia yang merangkumi Mammaliaformes, merupakan satu-satunya Synpasida yang lepas dari Trias.[7] Setelah peristiwa kepupusan Kapur–Paleogen, Synapsida (dalam bentuk mamalia) sekali lagi menjadi haiwan daratan terbesar.
Salasilah
[sunting | sunting sumber]Yang berikut merupakan kladogram mengenai filogeni Synapsida yang paling umum diterima, menunjukkan salasilah tunjang panjang yang termasuk Mammalia dan klad-klad yang lebih asas berturut-turut seperti Theriodontia, Therapsida, dan Sphenacodontia:[8][9]
Synapsida |
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Seeley, Harry Govier (1895). "Researches on the Structure, Organisation, and Classification of the Fossil Reptilia. Part X. On the Complete Skeleton of an Anomodont Reptile (Aristodesmus rutimeyeri, Wiedersheim), from the Bunter Sandstone of Reihen, near Basel, Giving New Evidence of the Relation of the Anomodontia to the Monotremata". Proceedings of the Royal Society of London. 59: 167–169. doi:10.1098/rspl.1895.0070.
- ^ Laurin, Michel, and Robert R. Reisz (2007). Synapsida: Mammals and their extinct relatives. Version 6 April 2007. The Tree of Life Web Project.
- ^ Romer, A.S. & Parsons, T.S. (1985): The Vertebrate Body. (6th ed.) Saunders, Philadelphia.
- ^ Carroll, Robert L. (1988). Vertebrate Paleontology and Evolution. New York: W.H. Freeman & Co. ISBN 0-7167-1822-7. p. 397.
- ^ Benton, Michael J. (2005). Vertebrate Paleontology, 3rd ed. Oxford: Blackwell Science Ltd. ISBN 0-632-05637-1. p. 122.
- ^ "New proto-mammal fossil sheds light on evolution of earliest mammals". University of Chicago. August 7, 2013.
- ^ "Greatest mass extinction responsible for the making of modern mammals". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-28. Dicapai pada 2017-12-28.
- ^ Laurin, M.; Reisz, R.R. (2011). "Synapsida. Mammals and their extinct relatives". The Tree of Life Web Project. Dicapai pada 26 April 2012.
- ^ Kemp, T.S. (2011). "The origin and radiation of therapsids". Forerunners of Mammals. Bloomington: Indiana University Press. m/s. 3–30. ISBN 0-253-35697-0. Unknown parameter
|editors=
ignored (bantuan)