Tenaga bebas Gibbs
Termodinamik |
---|
Tenaga bebas Gibbs (nama IUPAC: tenaga Gibbs atau fungsi Gibbs) serta entalpi bebas,[1] G ialah satu konsep dalam termodinamik, yakni suatu kuantiti yang mewakili kerja berbalik maksimum yang boleh dilakukan oleh sebuah sistem termodinamik dalam suhu dan tekanan yang malar.
Penurunan tenaga bebas Gibbs mewakili jumlah maksimum kerja tanpa pengembangan yang boleh diekstrak dari sistem termodinamik yang tertutup, yakni sistem yang hanya membenarkan pertukaran haba dan kerja. Penurunan ini hanya boleh dilakukan dalam proses yang berbalik sepenuhnya. Apabila keadaan sebuah sistem dibalikkan dari satu tahap ke tahap yang lain, penurunan tenaga ini mewakili nilai kerja yang dilakukan oleh sistem terhadap persekitaran tolak nilai kerja daya tekanan.[2]
Persamaan
[sunting | sunting sumber]Persamaan tenaga bebas Gibbs boleh ditulis seperti berikut:
yang sama dengan persamaan
dengan:
- U ialah tenaga dalaman;
- p ialah tekanan;
- V ialah isi padu;
- T ialah suhu dalam Kelvin;
- S ialah entropi, dan;
- H ialah entalpi.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Greiner, Walter; Neise, Ludwig; Stöcker, Horst (1995). Thermodynamics and statistical mechanics. Springer-Verlag. m/s. 101.
- ^ Perrot, Pierre (1998). A to Z of Thermodynamics. Oxford University Press. ISBN 0-19-856552-6.