Tomorrow Never Dies
Tomorrow Never Dies | |
---|---|
Pengarah | Roger Spottiswoode |
Penulis | Bruce Feirstein |
Berdasarkan | watak James Bond oleh Ian Fleming |
Dihasilkan oleh | Michael G. Wilson Barbara Broccoli |
Dibintangi | Pierce Brosnan Jonathan Pryce Michelle Yeoh Teri Hatcher Joe Don Baker Judi Dench |
Sinematografi | Robert Elswit |
Disunting oleh | Michel Arcand Dominique Fortin |
Muzik oleh | David Arnold |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | United Artists |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 119 minit |
Negara | United Kingdom |
Bahasa | bahasa Inggeris |
Bajet | $110 juta |
Pecah panggung | $333,011,068 |
Tomorrow Never Dies (bahasa Melayu harafiah Esok Tidak Pernah Mati) (1997) merupakan filem perisikan kelapan belas dalam siri James Bond, dan yang kedua yang dibintangi oleh Pierce Brosnan sebagai agen James Bond M16 fiksyen. Diarah oleh Roger Spottiswoode, dengan lakonlayar ditulis oleh Bruce Feirstein, filem ini menggambarkan Bond ketika dia cuba menghentikan mogul media gila kuasa dari mecipta peristiwa dunia untuk mencetuskan Perang Dunia III.
Filem ini dihasilkan oleh Michael G. Wilson dan Barbara Broccoli, dan yang merupakan filem James Bond pertama yang dihasilkan sejak kematian pengarah Albert R. Broccoli, yang filem ini berikan kredit pada kredit akhir filem. Lokasi penggambaran termasuk Perancis, Thailand, ]]Jerman]], Mexico dan Amerika Syarikat dan United Kingdom. Tomorrow Never Dies diterima meluas di box office dan menerima pencalonan Golden Globe disebalik review bercampur. Sungguhpun prestasinya di box office tempatan melepasi filem yang sebelumnya, filem GoldenEye,[1] ia merupakan satu-satunya filem Bond Pierce Brosnan yang tidak mendapat nombor satu pada box office, kerana ia ditayangkan pada hari yang sama dengan filem Titanic, tetapi sebaliknya nombor dua.[2]
Barisan pelakon
[sunting | sunting sumber]- Pierce Brosnan sebagai James Bond, Agen rahsia MI6 007.
- Jonathan Pryce sebagai Elliot Carver, Baron Media yang ingin mencetuskan peperangan antara China dan UK.
- Michelle Yeoh sebagai Kolonel Wai Lin, Seorang Perisik Cina yang mempunyai skill, dan sekutu Bond.
- Teri Hatcher sebagai Paris Carver, bekas teman wanita Bond yang kini merupakan isteri trofi Carver.
- Götz Otto sebagai Richard Stamper, pengikut Carver, yang mahir dalam seni penyeksaan Chakra.
- Judi Dench sebagai M, ketua MI6.
- Desmond Llewelyn sebagai Q, pembantu Bond dan pembekal gajet untuk Bond.
- Samantha Bond sebagai Miss Moneypenny, seorang agen MI6,atasan M dan sekutu Bond.
- Ricky Jay sebagai Henry Gupta, seorang "Pengganas Techno" Amerika yang bekerja dengan Carver.
- Joe Don Baker sebagai Jack Wade , perhubungan CIA , mengulangi peranannya daripada GoldenEye.
Ringkasan
[sunting | sunting sumber]James Bond berusaha untuk menghentikan rancangan raja media bagi mencetuskan perperangan antara China dan UK sebagai cara untuk mendapatkan litupan media sejagat ekslusive.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "James Bond Vs. Himself". Box Office Mojo. Retrieved January 1, 2015.
- ^ Weekend Box Office Results for December 19–21, 1997 – Box Office Mojo
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Tomorrow Never Dies |