Top Gear
Top Gear | |
---|---|
Genre | Pemotoran |
Pengacara | Jeremy Clarkson Richard Hammond James May (2003-) The Stig Jason Dawe (2002) |
Lagu pembukaan | "Jessica" |
Penggubah | Dickey Betts |
Negara asal | United Kingdom |
Bahasa | Inggeris |
Penerbitan | |
Penerbit | Andy Wilman |
Lokasi | Dunsfold Park, Guildford, Surrey |
Tempoh siaran | 60 minit (approx.) |
Penyiaran | |
Saluran asal | BBC Two (2002-2022) Trans TV (2003-2005) TV7 (2006-2007) ANTV (2008-2009) Global TV (2016-2018) NET. (2022) |
Format gambar | 576i, anamorfik 16:9 1080i (Polar Special 2007) |
Julung kali ditayangkan di | 1977 – 2001 |
Siaran asal | 20 Oktober 2002 – 29 Disember 2022 |
Kronologi | |
Mengikuti | Top Gear |
Rancangan berkaitan | Top Gear (AS) Top Gear Australia Stars in Fast Cars Top Gear Winter Olympics Top Gear of the Pops Top Gear: Polar Special Top Ground Gear Force |
Pautan luar | |
Laman sesawang | |
Tapak sesawang penerbitan |
Top Gear ialah sebuah siri televisyen terbitan BBC yang membincangkan kenderaan bermotor, terutamanya kereta, dan banyak meraih anugerah seperti anugerah BAFTA, NTA dan Anugerah Emmy Antarabangsa. Rancangan ini bermula pada tahun 1977 sebagai rancangan majalah pemotoran biasa. Lama-kelamaan, khususnya semenjak dilancarkan semula pada tahun 2002, Top Gear semakin aneh dan lucu gayanya. Rancangan ini diacarakan oleh Jeremy Clarkson, Richard Hammond, James May dan seorang pemandu uji yang hanya bergelar The Stig.
Rancangan ini bukan sahaja banyak menikmati pujian kerana visual dan persembahannya, bahkan juga menghadapi beberapa kecaman kerana kandungannya dan ulasan-ulasan pengacaranya. A. A. Gill menyifatkan rancangan ini sebagai "kejayaan bidang penghasilan rancangan, pertukangan penyuntingan yang teliti, berlebih-lebih dan berirama" ("a triumph of the craft of programme-making, of the minute, obsessive, musical masonry of editing, the french polishing of colourwashing and grading").[1] Namun begitu, pihak-pihak seperti Agensi Penyiasatan Alam Sekitar pernah mengutuk BBC kerana membenarkan Top Gear dirakam di kawasan-kawasan yang sensitif seperti kematu garam Makgadikgadi di Botswana.[2]
Di United Kingdom, setiap episod baru ditayangkan di saluran BBC Two. Selain itu, Top Gear juga disiarkan di saluran Dave, BBC America, dan sebilangan saluran lain di seluruh dunia. Di Malaysia, Top Gear boleh ditonton di ntv7.
Rancangan ini dianggarkan ditonton 385 juta orang di seluruh dunia.[3] Pada tahun 2007, Top Gear menjadi antara siri TV yang paling banyak dicetak rompak di dunia.[4]
Kemasyhuran rancangan ini telah mencetuskan penghasilan beberapa versi antarabangsa yang sedang atau bakal diusahakan penerbitan dan pengacara tempatan, di Australia, Amerika Syarikat[5] dan Rusia.[6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Gill, A. A. (2008-07-20). "Harley Street: another unimaginative medical drama". Arts & Entertainment. The Times Online. Dicapai pada 2008-07-22.
- ^ "Top Gear 'damaged African plains'". BBC World News. 2007-07-08. Dicapai pada 2008-07-22.
- ^ "TV car show host wins online backing for British PM". Reuters. 2008-01-01. Dicapai pada 2008-01-02.
Top Gear is at number two
- ^ "Top Gear's chequered past". BBC. 2006-09-21. Dicapai pada 2007-10-04.
- ^ http://www.futoncritic.com/news.aspx?id=7647
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-17. Dicapai pada 2008-10-19.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Top Gear |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Top Gear |
- Top Gear di BBC Online
- Top Gear di BBCAmerica
- Majalah Top Gear
- Sejarah Top Gear's (21 September 2006)
- Senarai kereta yang ditampilkan dalam Top Gear ihsan IMCDb