Wikipedia:Polisi lanjutan
Laman ini mendokumenkan dasar atau polisi Wikipedia Bahasa Melayu, piawai yang telah dipersetujui ramai dan hendaklah diikuti oleh semua pengguna. Perubahan yang dibuat terhadapnya hendaklah menunjukkan sepersetujuan. |
NOTA: Oleh sebab sifat istimewa yang ada pada polisi ini, sebahagian daripadanya turut mempunyai versi bahasa Inggeris. Untuk versi bahasa Inggeris, sila lihat di bawah
Bahasa Melayu
[sunting sumber]Pengenalan masalah
[sunting sumber]Polisi dan garis panduan merupakan tulang belakang kepada pentadbiran dan pergerakan Wikipedia bahasa Melayu yang berkesan dan cekap. Tanpa peraturan yang jelas mengenai cara dan amalan di Wikipedia bahasa Melayu yang diberikan melalui polisi dan garis panduan, sudah tentu akan wujudnya keadaan huru-hara yang akan menjejaskan kepentingan semua pengguna dan seterusnya melumpuhkan Wikipedia bahasa Melayu itu sendiri.
Akan tetapi, meskipun Wikipedia bahasa Melayu telahpun mempunyai polisi dan garis panduannya yang tersendiri sebagai rujukan, apakah perkara yang wajar ataupun tidak di Wikipedia ini yang sentiasa dicadang, diolah, digubal atau dimansuhkan oleh semua pengguna di Kedai Kopi dengan undian selaras dengan prinsip demokrasi, ia masih tidak cukup bagi menghadapi cabaran-cabaran dan masalah-masalah jenis terbaru yang muncul pada setiap masa. Umumnya semua mengetahui bahawa Wikipedia bahasa Melayu sebagai satu laman web di Internet tertakluk kepada semua permasalahan Internet, sama ada ia umum atau khusus kepada Wikipedia, dan beginilah juga keadaannya pada Wikipedia versi bahasa-bahasa yang lainnya juga. Wikipedia versi bahasa Inggeris pula, sebagai satu portal yang besar dan dinamik, sentiasa membalas cabaran terbaru dengan polisi atau garis panduan yang baru dalam masa yang singkat atau pantas. Wikipedia versi bahasa Melayu pula masih belum mampu mencapai tahap kedinamikan ini. Misalnya, apakah polisi dan garis panduan yang akan beraplikasi kepada pengguna "sockpuppet" di portal ini sedangkan polisi atau garis panduan mengenainya belum wujud? Sedangkan Wikipedia versi bahasa Inggeris telah pun mempunyai satu garis panduan bagi masalah ini bertajuk Sockpuppetry, tiada garis panduan yang sama di portal bahasa Melayu, dan ini mewujudkan masalah apabila satu kes sockpuppetry muncul. Terjemahan garis panduan itu pula mengambil masa di samping mewujudkan masalah terjemahan kerana bahasa Melayu sendiri pun masih tidak mempunyai satu perkataan yang diketahui untuk perkataan bahasa Inggeris sockpuppetry. Ini merupakan hanya satu contoh keadaan daripada kekurangan banyak lagi polisi dan garis panduan yang Wikipedia bahasa Melayu hadapi dan, kalau terbiar tanpa satu rangka kerja untuk menyelesaikannya, mungkin melumpuhkan. Dalam istilah undang-undang, keadaan ini disebut ketiadaan undang-undang tempatan bagi satu keadaan, ataupun lacuna.
Di samping ini, satu lagi masalah yang wujud adalah dengan penubuhan kedutaan, sudah tentu Wikipedia versi bahasa Melayu bakal mendapat banyak kunjungan daripada Wikipedia yang lainnya, dan keperluan polisi dan garis panduan di kedutaan untuk meregulasi peraturan yang beraplikasi di sana. Adalah tidak adil kepada mereka untuk menganggap polisi dan garis panduan Wikipedia bahasa Melayu berkuatkuasa ke atas mereka, kerana sebagai pengunjung asing, kebanyakkannya tidak memahami bahasa Melayu.
Huraian penyelesaian dan polisi
[sunting sumber]Dengan tujuan menyelesaikan dua masalah yang terhurai di atas, polisi ini diwujudkan untuk melanjutkan bidang kuasa Polisi dan garis panduan Wikipedia bahasa Melayu untuk diaplikasikan di Wikipedia bahasa Melayu;
- Apabila (dan hanya apabila) tiadanya kewujudan polisi atau garis panduan tempatan bagi sesuatu kes atau keadaan di Wikipedia bahasa Melayu itu sendiri, ataupun apabila polisi dan garis panduan bagi perkara berkenaan meskipun wujud, kurang lengkap bagi pengaplikasian. Dalam keadaan kedua ini, polisi dan garis panduan Wikipedia bahasa Inggeris yang berkaitan akan bertindak sebagai pelengkap panduan polisi yang telah wujud di Wikipedia bahasa Melayu. Contoh polisi dan garis panduan yang mungkin beraplikasi melalui kaedah ini adalah polisi berkenaan Sockpuppetry itu sendiri. Satu lagi contoh adalah Wikipedia:Wheel war.
- Sebagai mempermudah keadaan di Wikipedia:Kedutaan. Dalam situasi ini, polisi dan garis panduan Wikipedia bahasa Inggeris menggantikan terus polisi dan garis panduan Wikipedia bahasa Melayu bagi memudahkan rujukan oleh tetamu. Polisi dan garis panduan yang beraplikasi melalui cara ini adalah yang berkenaan laman perbincangan sahaja. Sebagai contoh, polisi bahasa Inggeris Wikipedia:No personal attacks bertindak sebagai ganti kepada polisi tempatan iaitu Wikipedia:Jangan mencemuh secara peribadi, suatu polisi supaya para pengunjung luar dapat mengetahui, dalam bahasa yang mereka fahami, akan larangan mencemuh secara peribadi.
Dengan ini, Polisi dan garis panduan Wikipedia bahasa Inggeris yang berkaitan akan berkuatkuasa melalui kebenaran serta penghadan yang diberi oleh polisi ini. Polisi ini boleh dipetik sebagai Polisi lanjutan bidang kuasa polisi dan garis panduan Wikipedia bahasa Melayu atau secara ringkasnya Polisi lanjutan.
Pengecualian
[sunting sumber]Adalah diiktiraf bahawa polisi dan garis panduan bahasa Inggeris, sebagai polisi dan garis panduan asing, tidaklah boleh beraplikasi dalam sifatnya yang tulen atau secara mutlak, dan masih tertakluk kepada had-had yang ditentukan situasi tempatan, antaranya adalah;
- Yang tidak berkaitan - Polisi dan garis panduan Wikipedia bahasa Inggeris yang tidak berkaitan tiada kesan pengaplikasian. Sebagai contoh, Mahkamah Timbangtara (Arbitration Committee atau "ArbCom") dan semua keputusannya tidak beraplikasi di Wikipedia bahasa Melayu kerana Wikipedia bahasa Melayu tidak mempunyai mahkamah timbangtara. Walau bagaimanapun, penyelia tempatan masih boleh merujuk kepada keputusan mahkamah timbangtara di sana sebagai panduan.
- Yang lapuk kerana polisi atau garis panduan tempatan sudah ada dan cukup jelas - Di mana polisi atau garis panduan mengenai sesuatu perkara telah pun wujud dan cukup jelas serta spesifik, pengaplikasian polisi atau garisan panduan tidak perlu dan adalah dilarang. Misalnya dengan adanya Wikipedia:Pandangan berkecuali, polisi Neutral point of view tidak diperlukan.
- Yang berkonflik dengan polisi atau garis panduan tempatan, atau yang melanggar adat resam tempatan - Apabila suatu polisi atau garis panduan Wikipedia bahasa Inggeris berkonflik dengan polisi atau garis panduan sedia ada, atau berlanggaran dengan adat resam tempatan Wikipedia bahasa Melayu iaitu adat Melayu dan ajaran Islam, secara langsung ia tidak akan mempunyai apa-apa kesan penguatkuasaan di Wikipedia bahasa Melayu. Satu contoh garis panduan sebegini adalah Polisi jangan menghirau peraturan yang telahpun dihapuskan versi bahasa Melayunya. Satu lagi contoh adalah manual gaya penulisan rencana berkaitan Islam yang jelas melanggar adat resam masyarakat Melayu menghormati agama serta ajaran Islam. Penguatkuasaan polisi sebegini di Wikipedia bahasa Melayu adalah dilarang.
- Yang dikenalpasti pengaplikasiannya tidak dikehendaki komuniti tempatan - Jika komuniti Wikipedia bahasa Melayu menyetujui bahawa sesuatu polisi atau garis panduan Wikipedia bahasa Inggeris tidak sesuai atau tidak dikehendaki, mereka secara proses undian boleh mengistiharkan polisi/garis panduan berkenaan sebagai batal di Wikipedia bahasa Melayu. Sebarang pembatalan boleh dicadang dan diundi di Kedai Kopi. Jika undian berkenaan lulus, polisi berkenaan akan disahkan batal dan disenaraikan di sini untuk rujukan.
Senarai polisi dan garis panduan versi Inggeris terbatal
[sunting sumber]Penguatkuasaan
[sunting sumber]Penyelia Wikipedia tempatan akan bertindak mengikut kehendak komuniti tempatan dalam penguatkuasaan. Bidang kuasa lanjutan hanyalah pada polisi dan garis panduan Wikipedia bahasa Inggeris, bukan penyelianya. Penguatkuasaan oleh penyelia bahasa Inggeris adalah dilarang. Penyelia atau sebarang pengguna asing hanya boleh memaklumkan akan sebarang langgaran, tetapi tindakan adalah hak mutlak komuniti Wikipedia bahasa Melayu.
English
[sunting sumber]NOTE: This translation is only of the part of this policy relevant to the embassy, not the whole of this policy and is provided for the convenience of foriegn Wikipedians as guests of the Malay Wikipedia.
Policy explaination and rationale
[sunting sumber]This policy is a local policy created to allow for the extension of the jurisdiction of the policies and guidelines of the English language Wikipedia so that they may apply, where applicable, to the Malay Wikipedia Embassy. Note that only relevant policies and guidelines apply, such as those pertaining to personal attacks. This is done with a view as to the convinience of foreign Wikipedians as guests, as we understand that many of them may not comprehend the Malay language. As the embassy is essentially a talk page, it is of course notable that only those policies and guidelines applicable to talk pages that will be applied and enforced. Enforcement is done by local administrators acting with the consensus of the local community, and is subject to local customs. Enforcement by foreign Wikipedians is not allowed regardless whatever status they may have (please just inform a local administrator). Policies and guidelines deemed inappropriate by the local community will be declared void and will thus have no applicable effect here.
This policy may be cited in English by the official name of The extension of the juristiction of English Wikipedia policies and guidelines policy or simply The extension policy.
List of policies or guidelines deemed inappropriate
[sunting sumber]Enforcement
[sunting sumber]Malay Wikipedia supervisor/admin will act in accordance with the local community in enforcement. Extension of jurisdiction in the Malay Wikipedia is only permitted to be implemented by follow on English Wikipedia policies and guidelines, not supervisor. Enforcement by the supervisor of English Wikipedia is not allowed in the Malay Wikipedia. Supervisor or any other foreign users can only be informed of any infringement, but the action is right of Malay Wikipedia community.