Pergi ke kandungan

Zombi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sedutan dari filem Night of the Living Dead (1968) arahan George A. Romero yang mempeloporkan idea zombi dalam penceritaan moden

Zombi (Kreol Haiti: zonbi) ialah lembaga berupa mayat manusia yang tampak masih belum terkujur sepenuhnya bahkan juga masih bergerak dan bertindak seumpama manusia yang masih hidup. Lembaga jenis ini paling banyak dijumpai dalam karya genre seram dan fantasi di mana lembaga-lembaga ini dihidupkan melalui pelbagai kaedah termasuk sihir, pembawa penyakit, sinaran, penyakit mental, vektor, patogen, parasit, kemalangan saintifik, dan lain-lain lagi.[1][2]

Konsep cereka ini berasal dari cerita rakyat masyarakat Haiti. Ia mula tersebar ke dalam budaya Barat secara meluas melalui media popular pada pertengahan abad ke-20 terutamanya dari filem Night of the Living Dead (1968)[1] yang sebahagiannya diilhamkan daripada novel I Am Legend (1954) karya Richard Matheson;[2][3] Kata zombi sendirinya tidak digunakan dalam filem tersebut tetapi dimasyhurkan melalui perbincangan jalan ceritanya dalam kalangan peminat filem tersebut.[4]

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Perkataan ini kali pertama dicatatkan pada tahun 1819 dalam sejarah Brazil oleh penyair Robert Southey.[5] Oxford English Dictionary pula mengusulkan perkataan ini berasal dari Afrika Barat melalui perbandingan dengan kata-kata bahasa Kongo nzambi ("dewa") dan zumbi atau nzumbi (persaktian). Beberapa pengarang juga membandingkannya dengan kata vumbi (mvumbi) atau (nvumbi) dalam bahasa sama bermaksud "badan tanpa roh".[6][7][8] Kamus Kimbundu-Portugis dari tahun 1903 mendefinisikan kata nzumbi berkaitan sebagai roh,[9] sementara kamus seumpama yang diterbitkan kemudiannya mentakrifkannya sebagai "semangat yang mengembara bumi untuk menyeksa orang yang masih hidup".[10]

Konteks budaya asal

[sunting | sunting sumber]

"Zombi" diceritakan sebagai mayat orang yang telah mati namun dihidupkan semula secara fizikal oleh perbuatan ilmu hitam dilakukan bokor sebagai hamba peribadi; lembaga-lembaga ini diancam houngan dan mambo, dua-dua kedudukan utama dalam voodoo. Ada dipercayai bahawa roh-roh membentuk zombi ini akan akhirnya diambil semula Tuhan.[11]

Perkara-perkara ini dipercayai merupakan kepercayaan dibawa dari Afrika Barat melalui hamba dagangan yang turut membawa tradisi dan adat resam dari benua tersebut. Dalam agama yang dibawa ke Dunia Baru ini, dipercayai bahawa dewa Baron Samedi akan mengumpulkan roh-roh orang yang meninggal dunia untuk dibawa kembali ke tanah asal mereka; zombi dikatakan wujud akibat kemarahan dewa ini disebabkan dosa yang dilakukan oleh roh. Amy Wilentz, seorang penulis budaya Amerika, menulis bahawa banyak pemilik hamba menggunakan kepercayaan ini sebagai penegah hamba abdi daripada membunuh diri.[12][13]

  1. ^ a b Maçek III, J. C. (15 Jun 2012). "The Zombification Family Tree: Legacy of the Living Dead". PopMatters.
  2. ^ a b Deborah Christie, Sarah Juliet Lauro, penyunting (2011). Better Off Dead: The Evolution of the Zombie as Post-Human. Fordham Univ Press. m/s. 169. ISBN 978-0-8232-3447-9.
  3. ^ Stokes, Jasie. "Ghouls, Hell and Transcendence: The Zombie in Popular Culture from 'Night of the Living Dead' to 'Shaun of the Dead'". Brigham Young University. Dicapai pada 2016-02-03.
  4. ^ Savage, Annaliza (15 Jun 2010). "'Godfather of the Dead' George A. Romero Talks Zombies". Wired. Dicapai pada 2 Oktober 2011.
  5. ^ "Zombie"[pautan mati], dalam Oxford English Dictionary Online (langganan diperlukan), dicapai pada 23 Mei 2014. Petikan: "Zombi, the title whereby he [chief of Brazilian natives] was called, is the name for the Deity, in the Angolan tongue."
  6. ^ Peter Laws, The Frighteners: Why We Love Monsters, Ghosts, Death & Gore, Icon Books, 2018
  7. ^ William Graham Lister Randles, L’ancien royaume du Congo des origines à la fin du XIXe siècle, Éditions de l’École des hautes études en sciences sociales, 2013
  8. ^ Doris L Garraway, The Libertine Colony: Creolization in the Early French Caribbean, Duke University Press, 2005
  9. ^ Pereira Do Nascimento, Jose (1903). Diccionario Portuguez-Kimbundu. Huilla : Typographia da Missão.
  10. ^ de Assis Junior, A. Diccionario Portuguez-Kimbundu. Luanda Argente, Santos.
  11. ^ McAlister, Elizabeth (1995). "http://wesscholar.wesleyan.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=1016&context=div2facpubs A Sorcerer's Bottle: The Visual Art of Magic in Haiti". Dalam Cosentino, Donald J. (penyunting). Sacred Arts of Haitian Vodou. Los Angeles, California: UCLA Fowler Museum of Cultural History. m/s. 304–321. ISBN 978-0930741471. External link in |chapter= (bantuan)
  12. ^ Wilentz, Amy (26 Oktober 2012). "A Zombie Is a Slave Forever". The New York Times. Haiti. Dicapai pada 31 Oktober 2012.
  13. ^ Wilentz, Amy (Disember 2011). "Response to "I Walked with a Zombie"". amywilentz.com. Dicapai pada 2 Februari 2018.