Pergi ke kandungan

Onde-onde

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5770517 pada 02:52, 1 Februari 2023 oleh Fight for the true (bincang | sumb.)
Klepon
Nama alternatifKelepon
JenisSnek Sunting ini di Wikidata
Tempat asalIndonesia
Dicipta olehJawa
Bahan utamatepung pulut , tepung beras , gula melaka , kelapa parut
Bahan yang biasa digunakanTepung beras, air minuman, Pandan wangi, Gula perang, gula, kelapa Sunting ini di Wikidata
Cara penyediaanMerebus Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Klepon (Jawi: كليڤون), merupakan sejenis hidangan yang sering dijumpai di Indonesia. Ia diperbuat daripada bahan-bahan seperti tepung pulut, garam, air dan daun pandan (untuk warna dan baunya yang harum).

Asal

Catatan tertua mengenai kuih onde-onde dapat dijumpai pada Oost-Indisch kookboek atau buku resipi Hindia Timur bertahun 1866, pada muka surat 134. [1]

Pembuatan

Dohnya diperbuat daripada tepung pulut atau tepung beras yang adakalanya dicampur dengan ubi kayu. Doh ini diwarnakan dengan air perahan daun pandan wangi atau suji.

Penyebaran

Kuih onde-onde ini boleh didapati sepanjang tahun tetapi lebih diminati waktu bulan puasa. Ia sesuai dimakan semasa minum petang. Kuih onde-onde mempunyai adunan tepung beras pulut yang menyelitupi manisan nisan di sebelah pantai timur atau gula kabung di sebelah pantai barat (buah melaka). Kuih ini dibebat dalam kelapa parut sebelum dihidangkan bagi mengelak ia melekat-lekat di antara sesama sendiri.

Kuih onde-onde tahan lebih lama jika disimpan dalam peti sejuk. Ia sering untuk dihasilkan bagi jualan harian, dan juga mudah untuk dihasilkan untuk makan sendiri.

Kuih onde-onde biasanya dihasilkan sebagai hidangan makan petang. Kuih onde-onde biasanya agak mudah untuk dihidangkan kerana ia tidak begitu melikit atau berkuah. Kuih onde-onde biasanya ada dihidangkan sebagai hidangan pejabat, contohnya semasa mesyuarat.

Galeri

Rujukan

Pautan luar

Wikibooks
Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi