Abad ke-6 SM
Penampilan
Milenium: | milenium pertama SM |
---|---|
Abad: | |
Garis masa: | |
Ketua negara: |
|
Dekad: | |
Kategori: | Kelahiran – Kematian Penubuhan – Pembubaran |
Abad ke-6 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 600 SM hingga 31 Disember 501 SM dalam kalendar Gregory.
Gambaran keseluruhan
[sunting | sunting sumber]- Mediterranean: Permulaan falsafah Yunani yang berkembang maju pada sepanjang abad ke-5 SM.
- Tempoh Budaya Hallstatt Akhir di Eropah Timur dan Tengah, serta Zaman Gangsa Akhir di Eropah Utara.
- Asia Timur: Falsafah Cina menjadi sebuah "agama" di China. Konfusianisme, Taoisme, ultrakeundangan, dan Moisme berkembang maju pada tempoh yang digelar Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh di China.
- Timur Tengah: Semasa empayar Parsi, Zoroaster (juga dikenali sebagai Zarathustra) mengasaskan Zoroastrianisme, sebuah falsafah duaan. Ini juga merupakan tempoh penawanan orang-orang Yahudi kuno di Babylon.
- India: Buddha dan Mahavira masing-masing mengasaskan agama Buddhisme dan Jainisme yang mencabar agama Hinduisme dan sistem kasta.
- Kemerosotan peradaban Olmec di Amerika.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- Pertengahan abad ke-6 SM - Asas Candi Zeus Olympia (Athens) dibuat.
- 598 SM - Jehoiachin mewarisi Jehoiakim sebagai raja Judah.
- 16 Mac 597 SM - Babylonia menawan Jerusalem, dan menggantikan Jehoiachin dengan Zedekiah sebagai raja.
- 595 SM - Psammetichus II mewarisi Necho II sebagai raja Mesir.
- 594 SM - Solon dilantik sebagai arkon Athens, dan memulakan reformasi demokrasi.
- 590 SM - Angkatan tentera Mesir menjarah Napata, dan memaksa pemindahan istana Cush ke tempat yang lebih selamat di Meroe yang terletak berhampiran dengan riam keenam (sejarah awal Sudan).
- 589 SM - Apries mewarisi Psammetichus II sebagai raja Mesir.
- 588 SM - Nebuchadrezzar II dari Babylon memulakan pengepungan Jerusalem; opera Nabucco menetapkan tarikh ini sebagai tahun 587 SM.
- 587/586 SM - Jerusalem jatuh kepada Babylonia, dan mengakhiri Kemaharajaan Judah. Para penakluk memusnahkan Candi di Jerusalem dan membuang penduduk-penduduk yang tinggal. Penawanan di Babylonia untuk orang-orang Yahudi bermula.
- 586 SM - Penjelmaan semula Raja Ding dari Zhou, raja Dinasti Zhou di China.
- 28 Mei 585 SM - Sebuah gerhana suria terjadi, sebagaimana yang diramalkan oleh Thales, semasa Alyattes II bertempur dengan Cyaxares, dan menyebabkan kedamaian sementara. Tarikh ini merupakan salah satu tarikh kardinal yang dipergunakan untuk menghitung tarikh-tarikh yang lain.
- 585/584 SM - Astyages mewarisi Cyaxares sebagai raja Medes.
- 585 SM - Raja Jian dari Zhou menjadi raja Dinasti Zhou di China.
- 582 SM - Sukan Pythia diasaskan di Delphi (tarikh tradisional).
- 580 SM - Cambyses I mewarisi Cyrus I sebagai raja Anshan dan ketua dinasti Achaemenid (tarikh anggaran).
- 580 SM - Sukan Isthmia diasaskan di Corinth (tarikh tradisional).
- 579 SM - Servius Tullius mewarisi Lucius Tarquinius Priscus yang dibunuh sebagai raja Rom (tarikh tradisional).
- 573 SM - Sukan Nemea diasaskan di Nemea (tarikh tradisional).
- 572 SM - Kemangkatan Raja Jian dari Zhou, raja Dinasti Zhou di China.
- 571 SM - Raja Ling dari Zhou menjadi raja Dinasti Zhou di China.
- 570 SM - Amasis II mewarisi Apries sebagai raja Mesir.
- 568 SM - Amtalqa mewarisi abangnya, Aspelta, sebagai raja Kush.
- 562 SM - Amel-Marduk mewarisi Nebuchadnezzar sebagai raja Babylon.
- 560 SM - Neriglissar mewarisi Amel-Marduk sebagai raja Babylon.
- 560/561 SM - Croesus menjadi raja Lydia.
- 560 SM - Pisistratus merampas Akropolis Athens dan mengisytiharkan diri sebagai penzalim, tetapi digulingkan pada tahun yang sama.
- 550-an SM - Carthage menaklukkan Sicily, Sardinia, dan Corsica.
- 559 SM - Raja Cambyses I dari Anshan mangkat dan diwarisi oleh anak lelakinya, Cyrus II Agung.
- 558 SM - Hegesias disingkirkan dari jawatan arkon Athens.
- 558 SM - Negeri Jin di China menewaskan negeri pesaing Qin dalam pertempuran.
- 556 SM - Pisistratus dibuang negeri dari Athens ke Euboea.
- 556 SM - Labashi-Marduk mewarisi Neriglissar sebagai raja Babylon.
- 556/555 SM - Nabonidus mewarisi Labashi-Marduk sebagai raja Babylon.
- 550 SM - Abdera dimusnahkan oleh angkatan tentera Thrace.
- 550 SM - Cyrus dari Anshan menggulingkan Astyages dari Medes, dan mengasaskan Empayar Parsi.
- 547 SM -- Croesus, raja Lydia, ditewaskan oleh Cyrus dari Parsi dekat Sungai Halys.
- 546 SM -- Cyrus dari Parsi menyiapkan penaklukkannya terhadap Lydia, dan menjadikan Pasargadae sebagai ibu kotanya.
- 544 SM -- Orang-orang Teos berhijrah ke Abdera, Thrace untuk melarikan diri daripada belenggu Parsi.
- 544 SM -- Raja Jing dari Zhou menjadi raja Dinasti Zhou di China.
- 543 SM -- Vijaya, putera India Utara, menyerang Ceylon dan mengasaskan sebuah dinasti Sinhalese.
- 543 SM -- Pisistratus, penzalim Athens, menyucikan pulau Delos (tarikh anggaran).
- 540 SM -- Kota Elea, Yunani di Itali selatan kini diasaskan (tarikh anggaran).
- 540 SM -- Parsi menaklukkan kota Xanthos di Lycia yang kini berada di Turki selatan (tarikh anggaran).
- 539 SM - Babylon ditaklukkan oleh Cyrus Agung yang menewaskan Nabonidus.
- k.k. 538 SM - Kepulangan sesetengah orang Yahudi dari buangan Babylon. Mereka kemudian membina Candi Kedua antara tahun 520 SM–516 SM, lebih kurang tujuh puluh tahun selepas kemusnahan Candi Pertama.
- 537 SM - Orang-orang Yahudi yang diangkut ke Babylon dibenarkan kembali ke Jerusalem dan dengan itu, menamatkan penawanan di Babylon.
- 536 SM - Menurut tradisi, Daniel, nabi Bible, menerima mengadap malaikat (sila lihat Daniel 10:4)
- 534 SM - Lucius Tarquinius Superbus menjadi raja Rom.
- 534 SM - Pertandingan-pertanding drama tragedi dimulakan di perayaan Kota Dionysia di Athens.
- 530 SM - Cambyses II mewarisi Cyrus sebagai raja Parsi.
- 528 SM - Gautama Buddha mencapai Makrifat, dan memulakan pengkhutbahannya. Beliau mengasaskan Buddhisme, sebuah agama dunia yang utama, di India.
- 526 SM - Psammetichus III mewarisi Amasis II sebagai raja Mesir.
- 525 SM - Cambyses II, raja Parsi, menaklukkan Mesir selepas menewaskan Psammetichus III. Ini telah dianggap sebagai keakhiran Dinasti Kedua Puluh Enam, dan permulaan Dinasti Kedua Puluh Enam.
- 522 SM - Smerdis mewarisi Cambyses II sebagai raja Parsi.
- 522 SM - Babylon memberontak terhadap pemerintahan Parsi.
- 521 SM - Darius I mewarisi Smerdis sebagai raja Parsi.
- 521 SM - Pemberontakan Babylonia terhadap pemerintahan Parsi ditumpaskan.
- 520 SM - Raja Dao dari Zhou menjadi raja Dinasti Zhou di China, tetapi mangkat sebelum hujung tahun ini.
- 520 SM - Cleomenes I mewarisi Anaxandridas sebagai raja Sparta (tarikh anggaran).
- 519 SM - Raja Jing dari Zhou menjadi raja Dinasti Zhou di China.
- 516 SM - Subbenua India: Pendudukan Punjab disiapkan oleh Raja Gustasp, raja Parsi.
- 12 Mac 515 SM - Pembinaan Kuil di Jerusalem disiapkan.
- 514 SM - Raja Helu dari Wu mengasaskan "Kota Agung Helu", nama kuno untuk Suzhou, sebagai ibu kotanya di China.
- 513 SM - Darius Agung menewaskan Getae dan Thrace timur dalam perangnya terhadap tentera Scythia.
- 510 SM - Hippias, anak lelaki Pisistratus dan penzalim Athens, digulingkan dalam pemberontakan umum yang disokong oleh Cleomenes I, raja Sparta, dan angkatan tenteranya.
- 510 SM - Keakhiran pemerintahan Lucius Tarquinius Superbus, raja terakhir antara tujuh Raja Rom yang tradisional.
- 510 SM - Pengasasan Republik Rom.
- 510 SM - Demaratus mewarisi Ariston sebagai raja Sparta (tarikh anggaran)
- 13 September 509 SM - Kuil Jupiter di Bukit Capitoline, Rom ditahbiskan pada ides September.
- 508 SM - Jawatan pontifex maximus dicipta di Rom.
- 507 SM - Cleisthenes, reformis Yunani, berkuasa dan meningkatkan demokrasi.
- 506 SM - Perang Bai ju: Angkatan tentera Kemaharajaan Wu di bawah Sun Tzu menewaskan angkatan tentera Chu.
- 505 SM - Pemilihan pasangan konsul Rom yang pertama.
- 4 Disember 502 SM - Gerhana suria menggelapkan Mesir (tarikh terhitung; tidak terdapat sebarang pencerapan rekod sejarah yang jelas).
- 502 SM - Liga Latin menewaskan Etruska di bawah Lars Porsenna di Aricia.
- 502 SM - Naxos memberontak terhadap penguasaan Parsi dan mencetuskan Pemberontakan Ionia.
- 501 SM - Cleisthenes membaharui demokrasi di Athens.
- 501 SM - Naxos diserang oleh Empayar Parsi.
- 501 SM - Sebagai balasan terhadap ancaman oleh Sabine, Rom mencipta jawatan diktator.
- 501 SM - Confucius dilantik sebagai gabenor Chung-tu.
- 501 SM - Gadir (di Cádiz kini) ditawan oleh Carthage (tarikh anggaran).
- 500 SM - Orang-orang yang bertuturan bahasa Bantu berhijrah ke Uganda barat daya dari barat (tarikh anggaran).
- 500 SM - Pelarian dari Teos menetap semula di Abdera.
- 500 SM - Darius I dari Parsi mengisytiharkan bahasa Aramia sebagai bahasa rasmi separuh barat empayarnya.
- 500 SM - Tarikh ini menandakan keakhiran peradaban Zaman Gangsa Nordik dalam sistem penzamanan Oscar Montelius dan permulaan Zaman Besi Pra-Rom.
- 500 SM - Pengasasan republik pertama di Vaishali, Bihar, India.
- 500-an SM - Puak Gutaii bermula pada sekitar masa ini di Afrika Tengah dan Selatan.
- Parsi mula merampas kuasa.
- Parsi menguasai Mediterranean timur.
- Parsi di bawah Darius I dan kemudian di bawah Cyrus menyerang Transoxiana.
- Empayar perdagangan Carthage beransur-ansur menguasai Mediterranean barat.
- Daode Jing ditulis (tarikh anggaran).
- Confucius merumuskan sistem etika Konfusianisme yang terbukti menjadi amat berpengaruh di China.
- Orang-orang Sinhalese berhijrah ke Sri Lanka.
- Tarikh ketara untuk penulisan Buku Psalm.
- Nabi Lehi meninggalkan Jerusalem dan menetap di Amerika Syarikat, menurut Buku Mormon.
- Abkhazia dijajah oleh Yunani.
- Bruthin Celt atau Priteni, menyerang Britain dan Ireland, Kepulauan British pada sekitar tempoh sebelum abad ke-5 SM.
- Kemunculan budaya Jastorf Proto-Germanik.
- Candi, Selinus, Sicily, dibina.
Tokoh-tokoh
[sunting | sunting sumber]- Mahavira dari Vaishali, pengasas Jainisme, (599 SM–527 SM).
- 580-an SM - Nebuchadnezzar II, raja Babylon.
- Anaximenes dari Miletus, ahli falsafah Yunani (585 SM-525 SM).
- Pythagoras dari Samos, ahli matematik Greek (sila lihat teorem Pythagorus) (582 SM–496 SM).
- 580 SM - Kemangkatan Cyrus I dari Anshan (tarikh anggaran).
- Cyrus Agung, raja Parsi (576 SM–Julai 529 SM) yang memerintah antara 559 SM–Julai 529 SM).
- Mei 563 SM - Kelahiran Siddhartha Gautama, kemudian dikenali sebagai Gautama Buddha, di Lumbini, Nepal (maut Mei 483 SM).
- 563 SM - Permaisuri Maya, ibu Siddhartha Gautama, yang meninggal dunia tujuh hari selepas melahirkan anak.
- 562 SM - Kemangkatan Nebuchadnezzar, raja Babylon (tarikh anggaran).
- Pisistratus, penzalim Athens pada tahun 561 SM, 559 SM–556 SM dan 546 SM–528 SM (maut 527 SM).
- Solon dari Athens, salah satu daripada Tujuh Tokoh Bijaksana dari Greece (638 SM–558 SM).
- 556 SM - Kelahiran Simonides dari Ceos (tarikh anggaran).
- Stesichorus dari Sicily, pemuisi lirik (k.k. 640 SM –555 SM).
- Confucius, pengasas Konfusianisme (551 SM–479 SM).
- Thales, ahli matematik Greek (635 SM–543 SM) yang meramalkan gerhana suria pada tahun 585 SM.
- Darius I, raja Persia (lahir 549 SM; memerintah 521–485 SM).
- 547 SM - Kemangkatan Croesus.
- 546 SM - Kematian Anaximander, ahli falsafah Yunani (tarikh anggaran).
- 545 SM - Kemangkatan Raja Ling dari Zhou, raja Dinasti Zhou di China.
- 543 SM - Kewafatan Gautama Buddha (tarikh tradisional di Thailand dan tempat-tempat yang lain, berdasarkan takwim suria Thailand).
- 540 SM - Amyntas I menjadi raja Macedon (tarikh anggaran).
- 539 SM/538 SM - Kemangkatan Nabonidus, raja terakhir Babylon.
- 535 SM - Kelahiran Heraclitus dari Ephesus, ahli falsafah Yunani (tarikh anggaran).
- Aeschylus, penulis tragedi Greek (525 SM - [[456 SM).
- 525 SM - Kemangkatan Psammetichus III, firaun terakhir Dinasti Kedua Puluh Enam dari Mesir.
- 522 SM - Kelahiran Pindar, pemuisi Yunani.
- Mac 521 SM - Kemangkatan Cambyses II, raja Parsi kuno (pembunuhan diri).
- Oktober 521 SM - Kemangkatan Smerdis, raja Parsi kuno.
- 519 SM - Kelahiran Xerxes I dari Parsi (tarikh anggaran).
- Epimenides dari Knossos, peramal, dan ahli falsafah-pemuisi termasyhur yang dikaitkan dengan paradoks Epimenides.
- Lehi, tokoh legenda dan nabi pertama yang dicatat dalam Buku Mormon.
- Sun Tzu, penulis Seni Perang.
Perekaan, penemuan, dan pengenalan
[sunting | sunting sumber]- Survei-survei arkeologi pertama ke atas semenanjung Arab oleh raja Babylonia, Raja Nabonidus.