Republik
Sebahagian daripada siri Politik |
Bentuk asas pemerintahan |
---|
Republik (Jawi: ريڤوبليك ) merujuk kepada sejenis pemerintahan sesebuah negara yang dipegang kedaulatannya dan diperintah oleh ketua negara yang dipilih oleh rakyat jelata seperti presiden, hal ini berlawanan dengan sesebuah negara yang mengamalkan konsep negara beraja (atau "kerajaan") yang ditabalkan ketuanya bergelar raja atau ratu dalam kalangan suatu kerabat diraja.[1][2] Republik bermaksud pentadbiran dimiliki serta dikawal oleh rakyat sepenuhnya yakni suatu "urusan awam" atau "benda awam" (dalam bahasa Latin: res publica)[3] berbanding sistem beraja yang secara teorinya meletakkan kuasa dalam pertimbangan peribadi raja semata-mata.
Konsep republik telah digunakan sejak berabad lamanya yang paling terkenalnya melalui contoh Republik Rom, yang bertahan dari 509 SM sehingga 27 SM. Di dalam Republik tersebut, prinsip-prinsip yang menetapkan keutuhan jawatan menguasai negara republik seperti "kesetahunan" (annuitas, tempoh menjawat selama satu tahun sahaja) dan penjawatan bersama (collegialitas).
Pada zaman moden ini, ketua negara dalam sesuatu negara republik biasanya terdiri daripada seorang sahaja individu iaitu presiden. Tetapi terdapat juga beberapa pengecualian misalnya di Switzerland yang dipimpin langsung suatu Majlis Persekutuan dianggotai tujuh ahli, atau San Marino yang di mana dua orang memegang bersama jawatan ketua negara.
Peristilahan
[sunting | sunting sumber]Ungkapan res publica disebutkan dari penulisan Cicero menterjemahkan kata Yunani: πολιτεία politeia;[3] kata Latin ini diturunkan kepada bahasa serumpun termasuk bahasa Perancis (république) lalu kemudiannya terpinjam kepada republiek dalam bahasa Belanda.[2][4] Kitab Vortaro memberikan takrifan terawal republiek yang diserapkan dalam bahasa Melayu[4] sebagai "...pamarentahan zonder radja dan kakoeasahan paling besar ada pada wakil-wakil rahajat".[5]
Republik dan konsep demokrasi
[sunting | sunting sumber]Keberkecualian rencana ini telah dipertikaikan. |
Ramai yang mungkin berpendapat pemerintahan republik adalah lebih demokratik dari pemerintahan raja berperlembagaan. Namun demikian ia bergantung kepada siapa yang memegang kuasa eksekutif. Di dalam sesetengah negara monarki, raja sekadar lambang kedaulatan negara manakala perdana menteri adalah lebih berkuasa dari raja. Monarki biasanya bertakhta seumur hidup dan kuasanya akan diberi kepada saudara atau anak, atau dipilih mengikut peraturan yang ditetapkan. Banyak negara yang berkonsepkan raja berperlembagaan adalah bersifat demokratik.
Dari segi mana yang lebih demokratik, memang tiada perbezaan yang jelas antara republik dan negara raja berperlembagaan. Di sesetengah-setengah negara bukan republik seperti Malaysia, Perdana Menteri mempunyai lebih kuasa eksekutif berbanding rajanya, yang berkuasa dari segi adat istiadat sahaja. Manakala, di beberapa republik pula Presidennya memerintah secara kuku besi seolah-olah beliau merupakan "maharaja" di negara tersebut. Misalnya, pemerintahan di bawah pimpinan Bokassa di Republik Afrika Tengah. Namun begitu, pada lazimnya republik adalah disamakan dengan demokrasi. Amerika Syarikat misalnya dianggap sebagai simbol demokrasi. Selain itu, India juga merupakan sebuah negara republik, dianggap sebagai demokrasi terbesar di dunia.
Senarai negara-negara Republik menurut benua
[sunting | sunting sumber]Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Bohn, H. G. (1849). The Standard Library Cyclopedia of Political, Constitutional, Statistical and Forensic Knowledge (dalam bahasa Inggeris). m/s. 640.
A republic, according to the modern usage of the word, signifies a political community which is not under monarchical government ... in which one person does not possess the entire sovereign power.
- ^ a b "République". Perspective Monde (dalam bahasa Perancis). Université de Sherbrooke, Québec, Kanada. Dicapai pada 29 Oktober 2021.
Une république s'oppose à un royaume (ou monarchie) où l'on trouve un roi ou une reine qui assume le pouvoir par une filiation familiale.
- ^ a b "republic". Merriam Webster Dictionary. Merriam-Webster Inc. Dicapai pada 5 Jun 2019.
- ^ a b "republiek". EtymologieBank., memetik:
- van der Sijs, Nicoline (2010). "republiek". Nederlandse woorden wereldwijd. Den Haag: SDU Uitgevers. ISBN 9789012582148.
- M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "republiek". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
- ^ Kwik Khing Djoen (1923). "republiek". Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po. m/s. 269.