Pergi ke kandungan

Azman Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Azman Ismail
MD
Pengerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
Menyandang jawatan
10 Mei 2023
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriMohamad Sabu
Didahului olehNik Muhammad Zawawi Salleh
Ketua PKR Cabang Kuala Kedah
Menyandang jawatan
2022
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Kuala Kedah, Kedah
Dalam jawatan
2013 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Ahmad Kasim
Digantikan olehAhmad Fakhruddin Fakhrurazi
Maklumat peribadi
Lahir
Azman bin Ismail
KerakyatanMalaysia
Parti politikPKR
Gabungan politik
lain
Pakatan Harapan
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanDoktor perubatan

Dr. Azman bin Ismail adalah ahli politik Malaysia. Beliau adalah Ahli Parlimen Malaysia untuk kerusi Kuala Kedah di negeri Kedah, dan duduk di Parlimen sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang Pakatan Harapan Malaysia.

Sebelum memasuki politik, Azman adalah seorang doktor perubatan.[1] Beliau memasuki Parlimen pada pilihan raya 2013, menggantikan anggota parlimen PKR Ahmad Kasim sebagai calon parti untuk Kuala Kedah.[2] Pada pilihan raya, Azman mengalahkan calon Barisan Nasional dan rakan sepasukan Zaki Zamani Abd Rashid dengan 4,947 undi.[3]

Memulakan kerjaya dalam bidang perubatan sebagai seorang doktor, Dr. Azman Ismail kini merupakan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Kedah (P009) bagi penggal ke dua.

Beliau mendapat pendidikan tinggi dari Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dalam bidang perubatan pada tahun 1987 selepas menamatkan pengajian dalam Diploma Klinikal Hipnoterapi di London College of Clinical Hypnosis (LCCH) Malaysia pada tahun 2009.

Dilahirkan di Titi Gajah, Alor Setar, Kedah, bekas pelajar Sekolah Menengah Tengku Abdul Malik merupakan salah seorang doktor pertama di negara ini yang berjaya mengkaji penggunaan suplemen kadar nitrik oksida kepada penyakit jantung pada tahun 2010.

Bukan itu sahaja, beliau berusia 60 tahun juga merupakan salah seorang individu menyokong untuk mengatasi masalah kegemukan dan diabetes menggunakan Diet Rendah Karbohidrat dan Tinggi Lemak (LCHF) pada tahun 2015.

Beliau juga berpengalaman dalam jabatan Obstetrik dan Ginekologi pada tahun 1992 malah mengecapi pelbagai pencapaian dalam bidang perubatan sama ada dalam negara mahupun luar negara.

Semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, Dr Azman daripada Pakatan Harapan berjaya mengekalkan kemenangan dengan mendapat 36,624 undian ketika menentang Muhammad Riduan Othman daripada Pas yang mendapat 23,143 undi. Majoriti undi sebanyak 13,481.

Kerjaya:

  • Ahli Parlimen Kuala Kedah (2013 hingga kini)
  • Doktor perubatan

Pendidikan:

  • Ijazah Doktor Perubatan USM (1987)
  • Diploma klinikal hipnoterapi LCCH (2009)
  • SM Tengku Abdul Malik,Alor Merah, Alor Setar
  • SK Titi Gajah

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Parlimen Malaysia: Kuala Kedah, Kedah[3][4][5][6][7]
Tahun Pembangkang Undi Prts Kerajaan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2013 Azman Ismail (PKR) 42,870 53.06% Zaki Zamani Abd Rashid (UMNO) 37,923 46.94% 82,253 4,947 86.28%
2018 Azman Ismail (PKR) 36,624 46.29% Abdullah Hasnan Kamaruddin (UMNO) 19,400 24.52% 79,167 13,481 81%
Muhamad Riduan Mohd Othman (PAS) 23,143 29.25 %
  1. ^ Rahimah Abdullah (27 April 2013). "BN Doctor vs PKR Doctor, who will win?". Astro Awani. Dicapai pada 4 December 2014.
  2. ^ "PKR unveils candidates for Alor Star, Kuala Kedah seats". New Straits Times. 31 March 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 October 2014. Dicapai pada 4 December 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ a b "Maklumat Terperinci Keputusan Pilihan Raya Umum". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 February 2015. Dicapai pada 4 December 2014. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.
  5. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-21. Dicapai pada 26 October 2014.
  7. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.