Pergi ke kandungan

Fuziah Salleh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fuziah Salleh
PhD (AeU)
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Menyandang jawatan
10 Disember 2022
Raja Johor Sultan Ibrahim (2024-kini)
Pahang Al-Sultan Abdullah (2019-2024)
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Menteri Salahuddin Ayub (2022-2023)
Armizan Mohd Ali (2023-kini)
Didahului oleh Rosol Wahid (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna)
Kawasan pilihan rayaSenator
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat
Menyandang jawatan
15 September 2024
PresidenAnwar Ibrahim
Didahului olehSaifuddin Nasution Ismail
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Kuantan, Pahang
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Fu Ah Kiow
Digantikan oleh Wan Razali Wan Nor
Majoriti8,111 (PRU-14)
4,515 (PRU-13)
1,826 (PRU-12)
Ketua Angkatan Wanita
Parti Keadilan Rakyat
Dalam jawatan
11 Julai 2020 – 17 Julai 2022
Didahului olehHaniza Mohamed Talha
Digantikan olehFadhlina Sidek
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri
PKR Pahang
Dalam jawatan
24 Ogos 2024 – 15 September 2024
Didahului olehAmirudin Shari
Digantikan olehRizal Jamin
Dalam jawatan
2018–2021
Didahului olehFauzi Abdul Rahman
Digantikan olehAmirudin Shari
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama Islam)
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 24 Februari 2020
RajaSultan Muhammad V
Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Mahathir Mohamad
Menteri Mujahid Yusuf Rawa
Didahului oleh Asyraf Wajdi Dusuki
Digantikan oleh Ahmad Marzuk Shaary
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
Dalam jawatan
28 November 2010 – 2014
Maklumat peribadi
Lahir (1959-07-13) 13 Julai 1959 (umur 65)
Johor Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
KewarganegaraanMalaysia
Parti politik Parti Keadilan Rakyat (PKR)
PasanganProfesor Dr. Haji Russly bin Abdul Rahman [1]
Anak6
Tempat belajarEngland Universiti Reading dan Universiti Wales, United Kingdom
Asia e University (PhD)
PekerjaanAhli Politik
Laman webfuziahsalleh.my

YB Senator Dr. Hajah Fuziah binti Salleh (lahir 13 Julai 1959) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-10, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Dewan Negara. Di peringkat parti, beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat[2]

Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama di bawah Perdana Menteri Malaysia ke-7, YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen Kuantan selama 3 penggal (2008-2022).

Di peringkat parti, sebelum ini beliau berkhidmat sebagai Ketua Angkatan Wanita Keadilan (2018-2022). Penganti beliau ialah YB Puan Fadhlina Sidek.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]
  • Sekolah Perempuan Methodist Kuantan, Pahang, Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kaunseling dari University of Reading, United Kingdom (UK)
  • Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan University of Wales, United Kingdom (UK)
  • The Young Muslims UK (1988-1992)
  • Jamaah Islah Malaysia (JIM)

Jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR)

[sunting | sunting sumber]
  • Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (2024 - kini)
  • Ketua Angkatan Wanita Keadilan (2020 - kini)
  • Pengerusi Majlis Pimipinan Negeri (MPN) PKR Pahang (2019 - kini)
  • Naib Presiden (sejak November 2010 hingga 2013)
  • Ketua Cabang Kuantan (sejak 2002 hingga 2018)
  • Pengarah Pilihanraya Pahang (sejak Februari 2010 hingga Dec 2010)
  • Pengarah Biro Latihan Pahang (sejak April 2008 hingga Januari 2010)
  • Timbalan Pengarah Pilihanraya Pahang (sejak Jun 2007 hingga Mei 2009)
  • Ketua Wanita PKR Pahang (2000-2007)
  • Bermula sebagai Timbalan Ketua Wanita Pusat semasa Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditubuhkan pada 1999

Keputusan pilihan raya umum

[sunting | sunting sumber]
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2022 Kuantan Fuziah Salleh PH (PKR) 22,468 Wan Razali Wan Nor PN (PAS) 25,514 2,866
Ab Hamid Mohd Nazahar BN (UMNO) 19,114
Anuar Tajuddin GTA (PEJUANG) 486
2018 Fuziah Salleh PH (PKR) 22,807 Sulaiman Md Derus PAS 14,696 8,111
Wong Kean Hwee BN (MCA) 13,667
2013 Fuziah Salleh PKR 25,834 Mohamed Suffian Awang BN (UMNO) 21,319 4,515
2008 Fuziah Salleh PKR 18,398 Fu Ah Kiow BN (MCA) 16,572 1,826
2004 Fuziah Salleh PKR 12,177 Fu Ah Kiow BN (MCA) 21,324 9,147
1999 Fuziah Salleh PKR 21,136 Mohd Khalil Yaakob BN (UMNO) 28,497 7,343

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Fuziah Salleh di Facebook

  1. ^ "Senarai Timbalan Menteri dan pasangan" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-09-21. Dicapai pada 2018-09-01.
  2. ^ https://m.malaysiakini.com/news/719387