Hentian glotis
Penampilan
Nombor AFA | 113 | ||
---|---|---|---|
Pengekodan | |||
X-SAMPA | ? | ||
| |||
Sampel audio | |||
Hentian glotis, atau letupan glotis tak bersuara, ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam banyak bahasa lisan. Hentian glotis terdapat dalam bahasa Melayu dalam bentuk huruf k di akhir perkataan atau di akhir suku kata yang diikuti konsonan, contohnya tidak /tidaʔ/. Dalam bahasa Inggeris, konsonan ini diwakili oleh tanda sempang dalam kata seruan uh-oh!, dan juga tanda koma atas atau ʻokina dalam nama Hawaiʻi bagi sesiapa yang ingin menyebut sebutan aslinya dengan sebaik-baiknya.
Aksara Abjad Fonetik Antarabangsa yang melambangkan bunyi ini ialah ‹ʔ›. Namanya hentian glotis kerana istilah teknikal untuk jurang antara lipatan vokal yang dirapatkan ketika menghasilkan bunyi ini, ialah glotis.
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Ciri-ciri hentian glotis:
- Cara artikulasinya ialah letupan atau hentian, dihasilkan dengan menyumbat aliran udara sepenuhnya dalam saluran vokal.
- Daerah artikulasinya adalah glotis, iaitu disebut pada pita vokal (lipatan vokal).
- Jenis pembunyiannya adalah tak bersuara, iaitu dihasilkan tanpa menggetarkan pita vokal.
- Ini merupakan konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
- Disebabkan tidak disebut dengan lidah, maka tiada ertinya menentukan sama ada konsonan ini adalah konsonan tengah atau sisian.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.
Penggunaan
[sunting | sunting sumber]Bahasa | Perkataan | IPA | Erti | Catatan | |
---|---|---|---|---|---|
Melayu | [[[Ortografi bahasa Melayu|tidak]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [tidaʔ] | 'tidak' | Alofon bagi /k/ di koda suku kata. Rujuk fonologi bahasa Melayu | |
Arab | Baku[1] | الله | [ʔɑlˤˈlˤɑːh] | 'Allah' | Rujuk fonologi bahasa Arab |
loghat-loghat Metropolitan[2] | شقة | [ʃæʔɐː] | 'rumah pangsa' | Berpadan dengan /q/ dalam bahasa Arab Baku. | |
Belanda[3] | [[[Ortografi bahasa Belanda|beamen]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [bəʔamən] | 'mengesahkan' | Rujuk fonologi bahssa Belanda | |
Burma | [[[Tulisan Burma|မ္ရစ္မ္ယား]]] Error: {{Lang}}: aksara: mymr tidak disokong untuk kod: my (bantuan) | [mjiʔ mjà] | 'sungai-sungai' | ||
Cebuano | [[[Abjad Rumi|bag-o]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [ˈbaːɡʔo] | 'baru' | ||
Cina | Shanghai | [[[Aksara Cina|一级了]]] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-wuu-Hani (bantuan)/iqciqlheq | [ʔiɪʔ.tɕiɪʔ.ʔlǝʔ] | 'terampil' | |
Finland | [[[Abjad Finland|linja-auto]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [ˈlinjɑʔˈɑuto] | 'bas' | Rujuk fonologi bahasa Finland | |
Hawaii[4] | [[[Abjad Hawaii|ʻeleʻele]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [ˈʔɛlɛˈʔɛlɛ] | 'hitam' | Rujuk fonologi bahasa Hawaii | |
Inggeris | Cockney[5] | [[[Ortografi bahasa Inggeris|cat]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [kʰɛ̝ʔ] | 'kucing' | Alofon bagi /t/. Rujuk pengglotisan dan fonologi bahsa Inggeris |
GA | [kʰæʔt] | ||||
RP[6] | button | [b̥ɐʔn̩] | 'butang' | ||
Jerman | loghat utara | [[[Ortografi bahasa Jerman|Beamter]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [bəˈʔamtɐ] | 'kakitangan awam' | Rujuk fonologi bahasa Jerman |
loghat barat | [[[Ortografi bahsa Jerman|Verwaltung]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [ˌfɔʔˈvaltʊŋ] | 'pengurusan' | ||
Malta | [[[Abjad Malta|qattus]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [ˈʔattus] | 'kucing' | ||
Parsi | معني | [maʔni] | 'makna' | Rujuk fonologi bahasa Parsi | |
Rotuman[7] | ʻusu | [ʔusu] | 'meninju' | ||
Tagalog | [[[Abjad Rumi|iihi]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [ˌʔiːˈʔiːhɛʔ] | 'nak kencing' | ||
Tahiti | puaʻa | [puaʔa] | 'babi' | ||
Tonga | tuʻu | [tuʔu] | 'berdiri' | ||
Vietnam | a | [ʔaʔ] | 'oh ya' | Rujuk fonologi bahasa Vietnam |
Petikan
[sunting | sunting sumber]- ^ Thelwall (1990:37)
- ^ Watson (2002:17)
- ^ Gussenhoven (1992:45)
- ^ Ladefoged (2005:139)
- ^ Sivertson (1960:111)
- ^ Roach (2004:240)
- ^ Blevins (1994:492)
Buku rujukan
[sunting | sunting sumber]- Blevins, Juliette (1994), "The Bimoraic Foot in Rotuman Phonology and Morphology", Oceanic Linguistics, 33(2): 491–516
- Gussenhoven, Carlos (1992), "Dutch", Journal of the International Phonetic Association, 22 (2): 45–47
- Ladefoged, Peter (2005). Vowels and Consonants (ed. Second). Blackwell. Text "authorlink-Peter Ladefoged" ignored (bantuan)
- Roach, Peter (2004), "British English: Received Pronunciation", Journal of the International Phonetic Association, 34 (2): 239–245
- Schane, Sanford A (1968), French Phonology and Morphology, Boston, Mass.: M.I.T. Press
- Sivertsen, Eva (1960), Cockney Phonology, Oslo: University of Oslo
- Thelwall, Robin (1990), "Illustrations of the IPA: Arabic", Journal of the International Phonetic Association, 20 (2): 37–41
- Watson, Janet (2002), The Phonology and Morphology of Arabic, New York: Oxford University Press