Pergi ke kandungan

Kirei Kotomine

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kirei Kotomine menikmati makanan yang digemarinya.

Kirei Kotomine (言峰 綺礼, Kotomine Kirei) ialah seorang watak fiksyen daripada siri novel visual dan anime Jepun berjudul Fate/stay night ciptaan TYPE-MOON.

Menerusi penjanjian di antara Persatuan Ahli Sihir dan Gereja Katolik Rom, peperangan-peperangan Holy Grail adalah diperhati dan diketuai oleh seorang paderi. Ayah Kirei merupakan pengantara untuk Peperangan Holy Grail ke-4, dan sejak kematian ayahnya, Kirei merasakan bahawa dirinya bertanggungjawab untuk seeorang pengantara juga. Pemilihan Kirei sebagai seorang pengantara merupakan sesuatu yang aneh, disebabkan dirinya yang terlibat dalam Persatuan Ahli Sihir dan juga Gereja, di mana kedua-dua organisasi ini adalah bermusuhan dengan satu sama lain. Sejak kematian ayah Rin, Kirei juga telah menjadi penjaga secara tidak langsung kepada Rin. Meskipun berkedudukan lebih rendah daripada Ciel (daripada Tsukihime) dalam hierarki Gereja, Kirei menggunakan beberapa teknik dan senjata yang serupa dengan Ciel.

Seiyu untuk watak Kotomine ialah Jouji Nakata dan alihan suara bahasa Inggeris dilakukan oleh Taylor Henry. [1]

Kirei bukan sahaja seorang Master dalam Peperangan Holy Grail ke-4, malah bertanggungjawab ke atas kebakaran yang tercetus di penghujung peperangan tersebut. Dia telah menjalani hidup yang penuh kesulitan dan kemurungan, diburui perasaan serba salah dan sedih. Meskipun Kirei memahami perbezaan di antara kebaikan dan kejahatan, dia hanya mampu merasa keseronokan dalam melakukan dosa. Seperti ayahnya, Risei Kotomine, Kirei menjadi seorang paderi, namun dia dilatih sebagai seorang bomoh dan mempunyai kebolehan ironik dalam menyembuh kesakitan orang lain. Tanpa sebarang alternatif lain, Kirei berdoa supaya, menerusi sebuah perkahwinan kepada seorang wanita yang dicintainya, dia akhirnya dapat mencapai tempoh yang melegakan daripada kewujudannya yang menyeksa dirinya. Setelah Kirei mendapati bahawa perkahwinan gagal mengubah dirinya, dia hampir-hampir mengambil nyawanya; isterinya yang sedang nazak, dipenuhi dengan perasaan risau, lalu membunuh dirinya untuk menunjukkan kepada Kirei bahawa dia masih mampu merasa belas kasihan terhadap orang lain. Walau bagaimanapun, setelah kematian isterinya, Kirei berasa meluat menyedari bahawa dirinya akan lebih gembira mengambil nyawa isterinya dengan tangannya sendiri; sejak hari tersebut, dia berhenti mencari kegembiraan sama sekali.

Sebagai seorang wakil kepada Gereja Katolik Rom, terdapat beberapa pembayang yang memperlihatkan Kirei sebagai penyeru kepada Archer dan meruapakan peserta dalam Peperangan Holy Grail ke-4. Fate/Zero mendedahkan bahawa Kirei sebenarnya menyeru Assassin manakala Tokiomi Tōsaka, mentor kepada Kirei, menyeru servant kelas Archer tersebut. Risei Kotomine, Pengurus Peperangan Holy Grail ke-4 dan ke-5, terbunuh apabila sedang menyelesaikan sebuah konflik ganas. Kirei mengambil kelebihan ini dan membunuh Tokiomi lalu memeterai perjanjian dengan Archer asalnya milik Tokiomi. Apabila penghujung peperangan tersebut semakin mendekatinya, Kirei bertempur dengan Kiritsugu Emiya, namun dia ditewaskan dengan mudah. Pada saat-saat akhirnya, Holy Grail tersebut dihadapkan kepadanya; penuh dengan perasaan benci dan cemburu akan Kiritsugu, dia telah mencapai artifak sumpahan tersebut. Kirei mendoakan supaya umat manusia dihapuskan di muka Bumi; hajatnya dimakbulkan dalam bentuk api yang marak. Ditengah-tengah kebakaran tersebut, Saber milik Kiritsugu telah menghancurkan Holy Grail tersebut, lalu menyebabkan airnya yang dipenuhi kekotoran untuk merendami tubuh Kirei yang tidak bernyawa, membangkitkannya semula dengan hati yang hitam palsu.

Setelah berlalunya peperangan tersebut, Kirei tertanya-tanya akan keupayaan Holy Grail; dia berputus untuk berjaga-jaga untuk sesuatu diluar jangkaan sekiranya sebuah peperangan yang sama berlaku dalam kehidupannya. Setelah api Fuyuki akhirnya mati, Kirei telah mengumpul kanak-kanak lain yang terselamat dalam api tersebut lalu memenjarakan mereka di bilik bawah tanah di Gerejanya; Kirei kemudiannya membenarkan Servantnya untuk hidup dengan menikmati roh-roh mereka dan menyimpan Mana yang berlebihan. Sementara Archer mendiami Bandar Fuyuki, Kirei menyertai beberapa misi untuk Persatuan Ahli Sihir, dan akhirnya sebagai seorang penasihat kepada Rin Tōsaka. Setelah hampir sedekad sejak kematiannya, Kirei menjadi Pengurus kepada Peperangan Holy Grail ke-5; di atas permintaannya, Bazett Fraga McRemitz, seorang ahli sihir dan pemburu yang telah dijumpai Kirei dalam salah satu daripada misinya, menyertainya dalam konflik tersebut. Kirei kemudianya mencederakan Bazett dengan parah, mencuri Mantra Perintahnya dengan memotong tangan kirinya. Dengan ini, Kirei memeterai sebuah perjanjian tambahan dengan Servant Bazett yang kini bebas, iaitu Lancer.

Dalam Heaven's Feel, persoalan kepada dedikasi Kirei yang selama ini tersangat inginkan Holy Grail yang tercemar itu dilengkapkan terjawab. Setelah dia mengaku kalah terhadap kegembiraan hidupnya, dia telah menyoal niat dan takdir disebalik kewujudan dirinya. DIa telah menyoal bagaimana seorang manusia seperti dirinya dibenarkan untuk dilahirkan. Kirei tercari-tercari jawapannya dengan melengkapkan Holy Grail yang tercemar itu. Dia beranggapan bahawa Holy Grail tersebut merupakan versi dirinya yang lebih besar dan dengan melihat kelahirannya, dia mampu mencari jawapan kepada soalannya.

Kirei Kotomine merupakan antagonis dalam ketiga-tiga senario Fate/stay night, namun dia memainkan peranan sebagai watak hitam utama hanya dalam senario Fate. Kirei selalunya merupakan individu pertama yang mempunyai akses kepada Holy Grail, meskipun dia tidak mempunyai niat untuk memilikinya; dia lebih berminat untuk mengetahui keputusan setelah suatu hajat dilakukan kepada sebuah artifak yang tercemar, terutamanya dengan individu-individu yang memiliki jiwa yang suci atau niat yang baik. Dia menggunakan Holy Grail tersebut sebagai umpan untuk menarik Saber dan Shirō dalam menggunakannya dalam senario Fate, dan kemudiannya dibunuh oleh Shirō dalam sebuah pertempuran akhir yang penuh pergolakan. Objektif Kirei tidak berubah dalam senario Unlimited Blade Works, namun dia meminjam Archer miliknya kepada Shinji Matō dan kemudiannya dibunuh oleh Lancer setelah memaksa Lancer untuk menikam dirinya sendiri. Dia juga tertanya-tanya akan kelakuan serta kestabilan sesuatu entiti yang dilahirkan dengan kejahatan, namun tanpa memiliki pengetahuan akan baik dan buruk; dia memburu objektif ini dalam Heaven's Feel, namun hatinya yang palsu itu telah berhenti sebelum dia dapat menyaksikannya.
Dalam Fate/Zero, niat utamanya adalah untuk mencari Kiritsugu, dan menyoalnya akan objektifnya serta perkara yang mengubah hidupnya, setelah mengetahui tentang lelaki tersebut melalui bahan bacaan dalam sebuah laporan daripada seorang pengintip dalam Persatuan Ahli Sihir; laluan serupa yang membekalkan maklumat kepada Kiritsugu tentang para Master yang lain.

Apabila menentang Assassin dalam babak Heaven's Feel, Kotomine menggunakan senjata yang serupa kepada Black Keys, beberapa bilah pedang yang digunakan seorang watak dalam dunia yang sama, iaitu Ciel. Disebabkan kedua-dua watak adalah ahli kepada Gereja Katolik Rom, ianya tidak mustahil bahawa senjata yang digunakan mereka merupakan peralatan piawai dalam organisasi itu.

  1. ^ "Fate/stay night (TV)". Anime News Network.