Pergi ke kandungan

Noryn Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Noryn Aziz
Nama lahirNorazmahwati binti Abdul Aziz
Kelahiran (1976-11-26) 26 November 1976 (umur 47)
Shah Alam, Selangor, Malaysia
PekerjaanPenyanyi, Penulis lagu, Guru vokal
Tahun aktif1996–kini
PendidikanIjazah Sarjana Muda Muzik
Pusat pendidikanKolej Muzik Antarabangsa(ICOM)
Pasangan
  • Anuarol Nizam Kechik @ Hamir (1998–2000; bercerai)
  • Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (2010–2017; bercerai)
  • Shaik Rizal Shaik Sulaiman (k. 2020)
Anak-anak1
Kerjaya muzik
GenreJazz, R&B, Soul
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
  • Maze Entertainment Sdn. Bhd.
  • On & On Productions Sdn. Bhd
  • WEA Records
Pengkarya berkait
Sister-Sister, Edrie Hashim, Ajai

Norazmahwati Abdul Aziz (lahir 26 November 1976), atau lebih dikenali sebagai Noryn Aziz, adalah seorang penyanyi jaz Malaysia yang popular menerusi lagu Cerita Cinta. Beliau memulakan kerjaya muziknya pada tahun 1996 dengan menganggotai kumpulan Sister-Sister. Pada tahun yang berikutnya, Noryn memilih untuk bergerak secara solo dan menerbitkan album solo pertamanya, "Fantasi O Realiti".[1]

Latar belakang seni

[sunting | sunting sumber]

Noryn merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Muzik daripada Kolej Muzik Antarabangsa(ICOM), dan pernah berada di bawah didikan Datuk Syafinaz Selamat semasa tempoh pengajian. Walaupun dilatih secara klasikal, beliau memilih untuk memperjuangkan muzik bergenre Pop dan Jaz. Namun begitu, beliau juga masih selesa membawakan lagu bergenre lain.[2]

Kerjaya seni

[sunting | sunting sumber]

Noryn mula mencipta nama dalam industri hiburan pada tahun 1996 menerusi kumpulan Sister-Sister. Setelah itu, beliau memilih untuk bergerak secara solo, dan menghasilkan sebuah album berjalur alternatif, "Fantasi O Realiti" pada tahun 1997.[3]

Pada tahun 2006, Noryn melancarkan album solonya yang kedua bertajuk "Alam Maya". "Alam Maya" menggabungkan irama jaz kontemporari, R&B dan Soul dalam nuansa pop dan mengandungi 11 buah lagu. Antara single yang popular daripada album ini adalah "Cerita Cinta".[3]

Pada tahun 2010, Noryn melancarkan sebuah mini album yang diberi tajuk, "I'm Alright". "I'm Alright" mengandungi enam buah lagu yang juga menggabungkan irama jaz, R&B dan Soul.[4]

Sejak tahun 2018, Noryn ada berkongsi informasi tentang jalinan kerjasamanya dengan Ajai[5] dan juga Syamel[6] dalam pembikinan albumnya yang terbaru. Namun, Noryn juga berkata bahawa beliau tidak akan terburu-buru dalam menghasilkan lagu-lagu baru untuk albumnya bagi memastikan kualiti setiap lagu menepati jiwanya dan tidak hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.[6]

Profil vokal

[sunting | sunting sumber]

Jenis suara: Dramatic Soprano

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Shaik Rizal Sulaiman pada Oktober tahun 2020.[7]

Ekoran daripada masalah rumahtangganya yang pernah menjadi tajuk utama di beberapa laman portal berita dahulu, karier seni Noryn sering dispekulasikan terhenti disebabkan masalah peribadinya. Namun beliau tidak pernah berkongsi masalah peribadinya dengan media, dan juga menolak spekulasi yang mengatakan beliau sudah tidak lagi aktif berkarya serta menyanyi. Walaupun beliau pernah berehat seketika daripada industri hiburan setelah melahirkan anaknya, Raja Bariq Umar Shah, Noryn masih lagi menerima undangan untuk membuat persembahan di majlis-majlis tertutup sehingga kini.[5]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album studio

[sunting | sunting sumber]
Album bersama Sister-Sister
  1. Sister-Sister (1996)
Album solo
  1. Fantasi O Realiti (1997)
  2. Alam Maya (2006)
Album EP
  1. I’m Alright (2010)
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2007 Anugerah Planet Muzik Artis Wanita Baru Terbaik "Alam Maya (Album)" Menang [8]
2008 World Championships of Performing Arts (WCOPA) Penyanyi Pop Terbaik "Cerita Cinta" Menang [9]
World Championships of Performing Arts (WCOPA) Pingat Emas - Kategori Pop Noryn Aziz Menang [9]
World Championships of Performing Arts (WCOPA) Pingat Emas - Kategori R&B Jazz Noryn Aziz Menang [9]
World Championships of Performing Arts (WCOPA) Pingat Emas - Komposisi asli Noryn Aziz Menang [9]
World Championships of Performing Arts (WCOPA) Pingat Perak - Broadway Noryn Aziz Menang [9]
  1. ^ Abdul Karim, Mohammad Al Faizal (27 Oktober 2018). "Noryn Aziz intai peluang". UtusanOnline. Dicapai pada 28 July 2023.
  2. ^ Saizali, Nur Emira (12 Jun 2023). "Noryn Aziz tak percaya 'mitos' gimik". Kosmo!. Dicapai pada 1 Ogos 2023.
  3. ^ a b Saizali, Nur Emira (4 Disember 2006). "Intuisi Noryn Aziz". Kosmo!. Dicapai pada 1 Ogos 2023.
  4. ^ Kita, Muzik (8 June 2010). "Noryn Aziz - I`m Alright". Blogspot. Dicapai pada 1 Ogos 2023.
  5. ^ a b Shamsudin, Rudy Imran (28 Mac 2018). "'Waktu terbaik untuk aktif'". HMetro. Dicapai pada 1 Ogos 2023.
  6. ^ a b Mahmud, Farihad Shalla (29 November 2019). "Noryn tunggu lagu Syamel". BHarian. Dicapai pada 1 Ogos 2023.
  7. ^ Mayudin, Nur Asyikin (14 Oktober 2020). "Noryn Aziz sempat kahwin sebelum PKPB, buat persiapan kurang 24 jam - "Keperibadiannya memikat saya"". MStar. Dicapai pada 1 Ogos 2023.
  8. ^ Ibrahim, Khadijah (11 Jun 2007). "APM 2007 Didominasi Artis Malaysia". WordPress. Dicapai pada 1 Ogos 2023.
  9. ^ a b c d e Nara, Abang (1 Ogos 2009). "Zahida Rafik Dan Noryn Aziz Dapat Anugerah AMN, Apa Kejadahnya?". BeautifulNara. Dicapai pada 1 Ogos 2023.