Pergi ke kandungan

Pemerintahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam bidang sains sosial, pemerintahan (Jawi: ڤمرينتهن) ialah suatu aturan atau sistem terdiri daripada sekelompok para penggubal undang-undang, pentadbir, dan penimbang tara dalam birokrasi pentadbiran yang berwenang atau berkuasa mengendalikan sesebuah negara pada satu-satu waktu tertentu melalui suatu badan tertumpu[1][2] (bergelar pemerintah atau kerajaan bergantung kepada sistem didirikan dalam negara tersebut - lihat peristilahan). Pemerintahan ialah cara yang digunakan untuk menguatkuasakan dasar-dasar negara, serta juga mekanisme menetapkan dan melaksanakannya.

Negara-negara dilayani oleh pelbagai pemerintahan yang berturut-turut dan berterusan. Setiap pemerintahan yang berikut terdiri daripada satu badan individu yang menguasai pembuatan keputusan politik. Fungsinya adalah untuk menguatkuasakan undang-undang, menggubal undang-undang yang baharu, dan menimbang tara pertikaian. Dalam sesetengah masyarakat, kumpulan ini sering merupakan golongan lingkaran atau golongan keturunan. Dalam masyarakat yang lain pula, misalnya dalam negara demokrasi, peranan politik masih dikekalkan tetapi terdapat pertukaran orang yang kerap untuk mengisi jawatan-jawatan itu.

Dalam kebanyakan masyarakat Barat, terdapat juga perbezaan yang nyata antara kerajaan dengan negara. Ketidaksetujuan awam terhadap sesuatu pemerintahan (diungkapkan, misalnya, melalui tidak memilih pemerintahan kini) tidak semestinya membayangkan ketaksetujuan terhadap negara pada dirinya (yakni rangka kerja pemerintahan itu). Bagaimanapun, dalam sesetengah rejim totalitarian, tidak adanya perbezaan yang ketara antara rejim dan negara. Sebenarnya, pemimpin dalam rejim sebegini sering mencuba mengaburi perbezaan antara kedua-dua itu demi menggabungkan kepentingan diri semata-mata dengan kepentingan negara.

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Perkataan "pemerintahan" dimunculkan hasil pengimbuhan kata dasar perintah yang bermaksud "menyuruh" atau "mengarah".[3][4] Kata dasar ini turut diimbuhkan kepada pemerintah (Jawi: ڤمرينته) merujuk kepada badan yang mentadbir dalam sesebuah pemerintahan; ia lazim dipakai dalam negara-negara Nusantara bersistem republik yang dipimpin sebuah presiden misalnya Singapura dan Indonesia.

Negara-negara serantau bersistem pimpinan seorang raja baik secara berperlembagaan mahupun mutlak misalnya Malaysia dan Brunei lebih memakai istilah kerajaan (Jawi: كراجاءن) hasil pengimbuhan kata raja membawa maksud sama kepada badan pentadbir tersebut.

Pemerintahan yang pelbagai rupa ini dapat dibezakan dari melihat melalui cara kewenangan memerintah dipunyakan baik tertumpu dalam seseorang individu (autokrasi seperti kediktatoran atau kerajaan mutlak), sekelompok orang terpilih (kebangsawanan) atau orang ramai secara keseluruhan (demokrasi).

Autokrasi

[sunting | sunting sumber]

Autokrasi adalah sistem pemerintahan ditumpukan kekuasaan tertingginya kepada tangan seseorang, yang keputusannya tidak tunduk pada batasan hukum eksternal atau mekanisme kontrol kerakyatan yang diatur (kecuali mungkin terhadap ancaman implisit dari kudeta atau pemberontakan massa).[5]

Aristokrasi

[sunting | sunting sumber]

Aristokrasi adalah suatu bentuk pemerintahan yang menempatkan kekuasaan di tangan kelas penguasa yang sedikit dan memiliki keistimewaan hak.[6]

Banyak monarki merupakan aristokrasi, meskipun dalam monarki konstitusional modern, raja hanya memiliki sedikit kekuasaan. Istilah aristokrasi juga boleh merujuk pada kelas darjah mengatasi golongan-golongan petani, khadam dan pedagang dalam sistem feudal dalam konteks sejarah.

Demokrasi

[sunting | sunting sumber]

Demokrasi adalah sistem pemerintahan melibatkan peranan warganegaranya menjalankan kekuasaan secara mengutip kumpul undian. Dalam demokrasi langsung, warga negara secara keseluruhan membentuk badan pemerintahan dan memberikan suara langsung pada setiap masalah. Dalam demokrasi perwakilan, warga memilih perwakilan dari antara mereka sendiri. Wakil-wakil ini bertemu untuk membentuk badan pemerintahan, seperti badan legislatif. Dalam demokrasi berperlembagaan, kekuasaan kebanyakan warga dijalankan dalam kerangka demokrasi perwakilan, tetapi undang-undang tubuh pemerintahan ini membataskan majoriti dan melindungi minoriti, biasanya melalui penjaminan hak tertentu bagi semua individu misalnya kebebasan bersuara atau kebebasan berpersatuan.[7][8]

Republik adalah suatu bentuk pemerintahan dengan negara dianggap sebagai "urusan awam" (bahasa Latin: res publica), bukan urusan peribadi atau milik para penguasa, yang pemerintah negaranya dipilih atau ditunjuk secara langsung atau tidak langsung alih-alih diwariskan. Rakyat, atau sebahagian besar dari mereka, memiliki kendali tertinggi atas pemerintah dan jawatan negara dipilih atau dilantik oleh orang-orang terpilih.[9][10] Definisi umum yang disederhanakan dari republik adalah pemerintahan yang kepala negaranya bukan seorang raja.[11][12] Montesquieu menyatakan dua-dua bentuk demokrasi (semua orang memiliki bagian dalam pemerintahan) mahupun aristokrasi atau oligarki (hanya beberapa orang yang memerintah) sebagai bentuk pemerintahan republik.[13]

Istilah lain yang digunakan untuk menggambarkan republik di antaranya republik demokratik, republik berparlimen, republik presiden separa, republik berpresiden, republik persekutuan, dan republik Islam.

Bersekutu

[sunting | sunting sumber]

Federalisme adalah konsep politik ketika sekelompok anggota diikat bersama oleh kovenan dengan kepala perwakilan sebagai pengatur. Istilah "federalisme" juga digunakan untuk menggambarkan sistem pemerintahan yang kedaulatannya secara patuh perlembagaan dibahagi antara penguasa pemerintahan pusat dan unit politik kecil (baik dalam bentuk negeri, provinsi atau perkara seumpamanya). Federalisme adalah sistem yang didasarkan kepada prinsip-prinsip dan institusi demokrasi yang kekuasaannya untuk memerintah dibahagi antara pemerintah peringkat nasional dan pemerintah peringkat provinsi/negeri sehingga menciptakan suatu "persekutuan".

Lihat pula

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Bealey, Frank, penyunting (1999). "government". The Blackwell dictionary of political science: a user's guide to its terms. Wiley-Blackwell. m/s. 147. ISBN 9780631206958.
  2. ^ "government". Oxford English Dictionary (ed. Online). Oxford University Press. November 2010.
  3. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "pĕrentah". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 253 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  4. ^ Lihat:
    • "perintah". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017. 1. kata yg menyuruh (mengarah) melakukan sesuatu, arahan, suruhan...
    • "perintah". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2016. 1. n perkataan yang bermaksud menyuruh melakukan sesuatu; suruhan...
  5. ^ Paul M. Johnson. "Autocracy: A Glossary of Political Economy Terms". Auburn.edu. Dicapai pada 2012-09-14.
  6. ^ "Aristocracy". Oxford English Dictionary. December 1989. Diarkibkan daripada yang asal pada June 29, 2011. Dicapai pada December 22, 2009.
  7. ^ Oxford English Dictionary: "democracy".
  8. ^ Watkins, Frederick (1970). "Democracy". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 7 (ed. Expo '70 hardcover). William Benton. m/s. 215–23. ISBN 978-0-85229-135-1.
  9. ^ Montesquieu, The Spirit of the Laws (1748), Bk. II, ch. 1.
  10. ^ "Republic". Encyclopædia Britannica.
  11. ^ "republic". WordNet 3.0. Dicapai pada 20 March 2009.
  12. ^ "Republic". Merriam-Webster. Dicapai pada 14 August 2010.
  13. ^ Montesquieu, Spirit of the Laws, Bk. II, ch. 2–3.