Portal:Hal semasa/Mac
Penampilan
2020
- Di Amerika Syarikat, satu puting beliung melanda empat buah kaunti di sekitar Nashville, Tennessee, membunuh 25 orang.
- Yvonne Farrell (foto) dan Shelley McNamara memenangi Hadiah Senibina Pritzker.
- Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak COVID-19 sebagai pandemik, sementara kabinet Itali pula meluluskan perlaksanaan kuarantin kebangsaan.
- Ahli paleontologi mengumumkan pengenalpastian tengkorak fosil Asteriornis maastrichtensis, bukti burung moden tertua yang bertarikh pada era Mesozoik.
- Igor Matovič menjadi Perdana Menteri Slovakia selepas pilihan raya pada Februari.
- Sukan Olimpik Musim Panas 2020 ditangguhkan ke 2021 berikutan pandemik COVID-19.
- Macedonia Utara menjadi sebahagian dari ahli NATO.
- Lukisan Vincent van Gogh bertajuk Rumah Paderi di Nuenen (gambar) telah dicuri dari muzium Singar Laren di Belanda.
2019
- Lebih 2,775 orang awam dan 111 buah sekolah terkesan akibat pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.
- Sekurang-kurangnya 49 orang terbunuh dalam tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand.
- Berikutan kemalangan Penerbangan 302 Ethiopian Airlines dengan kematian semua 157 orang di dalam pesawat, perkhidmatan pesawat Boeing 737 MAX (dalam gambar) digantung di seluruh dunia.
- Zuzana Caputová dipilih sebagai presiden Slovakia, menjadi presiden perempuan pertama dan paling muda.
- Di Iran, banjir yang meluas sejak akhir Mac mengakibatkan sekurang-kurangnya 62 orang maut (banjir di Wilayah Golestan dalam gambar).
- Sekurang-kurangnya 160 orang terbunuh dalam serangan terhadap penggembala orang Fula di tengah Mali.
2018
- Serangan di beberapa lokasi di Ouagadougou, Burkina Faso menyebabkan sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan 50 orang lagi tercedera.
- Sekurang-kurangnya 26 maut dalam satu kebakaran di pusat pemulihan dadah di Baku, Azerbaijan.
- Satu kebakaran berlaku di balai polis di Valencia, Venezuela, membunuh sekurang-kurangnya 69 orang.
2017
Tiada info dinyatakan (Jika ada sebarang info mengenai bulan Mac, sila tambahkannya di Templat:Arkib_Peristiwa_Lepas/2017)
2016
- 19 Mac Pengeboman berani mati yang berlaku di Istanbul membunuh 5 orang dan mencederakan 36 orang yang lain, selepas 6 hari kejadian yang sama di Ankara yang membunuh 37 orang.
- 19 Mac Penerbangan 981 Flydubai terhempas semasa cuba mendarat di Lapangan Terbang Rostov-on-Don di Rusia membunuh kesemua 62 orang anak kapal dan penumpang.
- 11 Mac Kerajaan Malaysia secara rasminya menamatkan jawatan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai penasihat syarikat multinasional milik penuh negara, Petronas.
- 8 Mac Gerhana matahari separa berlaku di Malaysia, manakala Pulau Belitong di Sumatera Timur, Indonesia menjadi kawasan pertama yang mengalami Gerhana matahari penuh.
2015
- 4 Mac - Fosil tertua yang dipunyai oleh genus Homo, bertarikh pada lewat Zaman Pliocene sekitar 2.8 juta tahun yang lalu, telah dijumpai di Afar, Ethiopia.
- 6 Mac - Kapal angkasa Dawn oleh NASA telah memasuki orbit disekitar planet kerdil Ceres.
- 7 Mac - Kerajaan Iraq melaporkan bahawa bandar-bandar pra-Islam iaitu Hatra dan Nimrud telah dimusnahkan oleh ISIS, yang mendakwa mereka adalah kufur.
- 7 Mac - Satu siri pengebom berani mati di Maiduguri, Nigeria, telah membunuh 58 orang dan mencederakan 140 yang lain.
- 9 Mac - Sepuluh orang, termasuk 3 atlet Perancis Alexis Vastine, Camille Muffat dan Florence Arthaud, telah terbunuh dalam nahas udara diantara helikopter di Argentina.
- 10 Mac - Frei Otto seorang arkitek Jerman yang telah memenangi Anugerah Pritzker sejurus sebelum kematiannya.
2014
- Majlis Atlantik Utara melantik Jens Stoltenberg sebagai Setiausaha Agung NATO yang berikutnya.
- Penerbangan Malaysia mengumumkan bahawa Penerbangan 370 (gambar pesawat), yang hilang pada 8 Mac, berakhir di selatan Lautan Hindi tanpa ada yang terselamat.
- Pasukan hoki kebangsaan Australia menjuarai Piala Sultan Azlan Shah buat kali keempat berturut-turut.
- Selepas berjayanya pungutan suara pemisahan, Republik Krimea mengisytiharkan kemerdekaan dari Ukraine dan memulakan proses kemasukan ke Persekutuan Rusia.
- Nico Rosberg memenangi perlumbaan pertama Formula Satu musim 2014 Grand Prix Australia.
- Amerika Syarikat mengumumkan akan melepaskan kawalan zon akar DNS, menghentikan pengawasannya terhadap ICANN.
- Chiquita dan Fyffes bersetuju bergabung, membentuk syarikat pengeluar pisang terbesar di dunia.
- Penerbangan 370 Penerbangan Malaysia (gambar pesawat), dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan dinaiki 239 orang, hilang di Teluk Thailand.
- Mahkamah Jenayah Antarabangsa mendapati bekas ketua militia Republik Demokratik Congo Germain Katanga bersalah melakukan jenayah perang pada 2003.
- Majlis Tertinggi Krimea mengundi meninggalkan Ukraine dan memohon menyertai Persekutuan Rusia.
- Jambatan terpanjang di Asia Tenggara, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (gambar) dirasmikan Perdana Menteri Malaysia.
- Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
2013
- Soyuz TMA-08M (gambar lambang) membawa tiga angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa melalui jalan baharu, mengurangkan tempoh perjalanan dari dua hari kepada enam jam.
- Pemberontak menawan Bangui, ibu negara Republik Afrika Tengah, memaksa Presiden François Bozizé melarikan diri.
- Presiden Bangladesh Zillur Rahman meninggal dunia di Singapura, berumur 84 tahun.
- Formula Satu musim 2013 bermula dengan Kimi Räikkönen memenangi Grand Prix Australia.
- Kongres Rakyat Kebangsaan China menamakan Xi Jinping sebagai Presiden dan Li Keqiang (gambar) sebagai Perdana Menteri baharu.
- Jorge Mario Bergoglio dari Argentina (gambar) terpilih sebagai Paus Francis, menjadi paus Amerika Latin pertama Gereja Roman Katolik.
- Sistem kerdil perang dedua WISE 1049-5319 dicerap 6.5 tahun cahaya dari Bumi, menjadikannya sistem bintang terdekat ditemui sejak 1916.
- Uhuru Kenyatta terpilih sebagai Presiden Kenya.
- Satu haplokumpulan kromosom-Y yang baru ditemui difikirkan mengundurkan zaman Adam Kromosom Y ke 338,000 tahun dahulu.
- Presiden Venezuela Hugo Chávez (gambar) meninggal dunia pada umur 58 tahun.
- Lebih 60 orang terbunuh dalam krisis pencerobohan di Lahad Datu dan serangan di Semporna, Sabah.
- 14 orang terbunuh selepas "askar Kesultanan Sulu" dan Polis Diraja Malaysia berbalas tembak di Lahad Datu, Sabah.
2012
- Parti APRC mengekalkan majoriti mutlak dalam pilihan raya di Gambia.
- Macky Sall (gambar) terpilih sebagai Presiden Senegal.
- Presiden Mali Amadou Toumani Touré digulingkan dalam satu rampasan kuasa.
- Raja Tonga Siaosi Tupou V mangkat di Hong Kong pada umur 63 tahun.
- Joachim Gauck terpilih sebagai Presiden Jerman.
- Pemandu McLaren-Mercedes Jenson Button memenangi perlumbaan pembukaan Formula Satu musim 2012 Grand Prix Australia.
- Nicolae Timofti terpilih sebagai Presiden Moldova.
- Mahkamah Jenayah Antarabangsa membuat keputusan pertamanya, mendapati Thomas Lubanga bersalah jenayah perang mengerah kanak-kanak.
- Ensiklopedia Britannica menamatkan edisi cetaknya, 244 tahun selepas penerbitan pertamanya.
- Parti bekas Perdana Menteri Robert Fico (gambar) Hala – Demokrasi Sosial mendapat majoriti dalam pilihan raya parlimen Slovakia.
- Perdana Menteri Belize Dean Barrow kembali terpilih untuk penggal keduanya.
- Vladimir Putin terpilih sebagai Presiden Rusia untuk penggal ketiganya.
- Letusan puting beliung di Barat Tengah dan Tenggara Amerika Syarikat menyebabkan sekurang-kurangnya 40 kematian.
2011
- Mayotte (gambar peta) secara rasmi menjadi jabatan ke-101 Perancis, sebagaimana dipersetujui 95% penduduknya dalam pungutan suara 2009.
- Gempa bumi bermagnitud 6.8 melanda timur laut Myanmar, mengorbankan lebih 100 orang.
- Pelakon Elizabeth Taylor meninggal dunia akibat kegagalan jantung di usia 79 tahun.
- Angkatan A.S., British dan Perancis melancarkan serangan (gambar) terhadap askar pro-Gaddafi di Libya untuk menguatkuasakan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1973.
- Kuar angkasa lepas NASA MESSENGER menjadi kapal angkasa lepas pertama mengorbit Utarid.
- Para pekerja berusaha membendung radiasi selepas satu siri kemalangan loji kuasa nuklear akibat gempa bumi dan tsunami di Jepun.
- Majlis Kerjasama Teluk bersetuju menghantar askar ke Bahrain di tengah-tengah bantahan berterusan.
- Dalai Lama ke-14 menghantar surat peletakan jawatan sebagai pemimpin politik kerajaan Tibet dalam buangan.
- Gempa bumi bermagnitud 9.0 di pesisir Jepun mencetuskan tsunami setinggi 10 meter, mengorbankan ribuan orang dan menyebabkan kerosakan meluas (gambar).
- Di tengah pemberontakan di Libya, Perancis menjadi negara pertama mengiktiraf Majlis Peralihan Nasional sebagai kerajaan Libya yang sah.
- Essam Sharaf dilantik sebagai Perdana Menteri Mesir oleh Majlis Tertinggi Tentera selepas Ahmed Shafik meletak jawatan.
2010
- Perlanggaran antara dua pancaran proton 3.5 TeV di Pelanggar Hadron Besar CERN mencatat rekod dunia untuk pelanggaran zarah buatan manusia bertenaga tertinggi.
- Dua pengeboman di stesen Metro Moscow Lubyanka (gambar) dan Park Kultury membunuh 39 orang.
- Korvet Tentera Laut Republik Korea Cheonan tenggelam selepas satu letupan, menyebabkan 46 anak kapal hilang.
- Inisiatif Chiang Mai mula berkuat kuasa dengan dana rizab pertukaran asing bernilai AS$120 bilion.
- Google melencongkan trafik google.cn ke pelayan Hong Kong dan berhenti menapis cariannya dalam Republik Rakyat China.
- Tapak Warisan Dunia Uganda Kuburan Kasubi (gambar), di mana raja-raja Buganda dikuburkan, musnah terbakar.
- Satu siri serangan bom membunuh lebih 70 orang di Lahore, Pakistan.
- Di Kazakhstan, 40 orang terbunuh dan lebih 1,000 lagi dipindahkan selepas Empangan Kyzyl-Agash pecah.
- Carlos Slim Helu (gambar) menjadi orang pertama bukan dari A.S. mengungguli senarai jutawan Forbes sejak 1994.
- Bekas Mufti Besar Mesir Muhammad Sayyid Tantawi meninggal dunia semasa melawat Riyadh, Arab Saudi.
- Gempa bumi di Wilayah Elâzığ Turki mengorbankan lebih 50 orang dan mencederakan lebih 70 lagi.
- The Hurt Locker memenangi enam Anugerah Akademi termasuk Filem Terbaik.
- Serangan antara agama menyebabkan lebih 500 kematian berhampiran Jos, Nigeria.
2009
- Dalam satu pungutan suara, Mayotte memilih untuk menjadi jabatan seberang laut Perancis.
- Empangan Situ Gintung di Tangerang, Indonesia bocor, membanjiri ratusan rumah dan mengorbankan lebih 99 orang.
- Gunung Berapi Redoubt (gambar) di Alaska, A.S. mengalami satu siri letusan.
- Suatu gempa bumi dan letusan gunung berapi di dasar laut Hunga Tonga berlaku di Lautan Pasifik dekat Tongatapu, Tonga.
- Banjir di Angola, Namibia dan Zambia membunuh lebih 130 orang dan meninggalkan 300 ribu lagi tanpa tempat berteduh.
- Bekas datuk bandar Antananarivo Andry Rajoelina dilantik oleh tentera Madagaskar sebagai Presiden, menggantikan Marc Ravalomanana.
- Bolak-balik angkasa lepas Discovery dilancarkan dari Florida, A.S., membawa susunan suria ke Stesen Angkasa Antarabangsa.
- Ahli perniagaan Amerika Syarikat Bernard Madoff mengaku bersalah terhadap penipuan pelaburan terbesar dalam sejarah A.S.
- NASA melancarkan kapal angkasa lepas Kepler dalam misi mencari planet seperti Bumi.
- Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap untuk Presiden Sudan Omar al-Bashir atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap manusia.
- Presiden Guinea-Bissau João Bernardo Vieira (gambar) dibunuh di kediamannya di Bissau.
2008
- Lampu tanda tempat di bandar-bandar di seluruh dunia ditutup sebagai sebahagian Earth Hour.
- Druk Phuensum Tshogpa memenangi pilihan raya pertama Bhutan.
- Ma Ying-jeou (gambar) dilantik sebagai Presiden Republik China (Taiwan).
- Yves Leterme dilantik sebagai Perdana Menteri Belgium, sembilan bulan selepas pilihan raya umum dilangsungkan.
- Bantahan di Tibet terhadap kerajaan China menyebabkan banyak kematian.
- Barisan Nasional cuma mendapat majoriti mudah dalam Parlimen dan kehilangan 4 negeri dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12.
- Dmitry Medvedev (gambar) dilantik menggantikan Vladimir Putin sebagai Presiden Rusia.
2007
- Tabung Alam Sedunia (WWF) mengumumkan penemuan spesies baru di Kepulauan Melayu, Harimau Dahan Borneo (Neofelis diardi).
- Kejohanan Badminton Seluruh England tamat dengan China memenangi semua kategori kecuali beregu lelaki yang dimenangi pasangan Malaysia.
2006
2005
- 28 Mac: Selepas tsunami dan gempa bumi yang melumpuhkan di Indonesia di persisiran pantai Aceh, satu lagi gempa bumi telah berlaku di Sumatera Utara. Namun tiada tsunami terjadi.
2004