Pergi ke kandungan

Cendol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5796951 pada 15:14, 12 Mac 2023 oleh Fight for the true (bincang | sumb.)
Cendol
Cendol bersama pulut dan kacang merah
Nama alternatif
JenisPencuci mulut, non-alcoholic beverage Sunting ini di Wikidata
Tempat asalIndonesia Sunting ini di Wikidata
Kawasan/rantauAsia Tenggara
Suhu penghidanganSejuk
Bahan utamabongkahan ais,ais parut,ais kisar,tepung beras, tepung ubi, air pandan, santan, gula Melaka , gula Nisan , gula Nipah , gula Tebu ,gula Aren,gula Perang
Bahan yang biasa digunakanTepung beras, tepung sagu, Gula Melaka, santan, ais, garam, nangka Sunting ini di Wikidata
Cara penyediaanMerebus, pembekuan Sunting ini di Wikidata
Keragaman/variasiDawet
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Cendol (Jawi: چيندول) atau Cendoi (Jawi: چيندوي) ialah makanan yang diperbuat daripada tepung beras dan air pandan yang dibentuk dengan penapis lalu di tekan, kemudian dicampur dengan gula melaka dan santan . Cendol ialah minuman pencuci mulut ais manis yang mengandungi titisan tepung beras hijau, santan, dan sirap gula melaka, gula tebu, gula perang,gula nipah atau gula aren. Cendol terkenal Asia Tenggara seperti Brunei, Kemboja, Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, dan Myanmar.

Jangan keliru Dawet dan Cendol , Dawet berasal dari tanah Jawa dengan bahan yang hampir sama dengan Cendol iaitu campuran tepung beras dan gula jawa,gula aren lalu santan .

Manakala Cendol berasal dari Semenanjung Malaysia dengan bahan yang lebih banyak iaitu campuran tepung beras dan air daun pandan lalu air gula melaka serta santan dan bongkahan ais .

Sejarah

Sejarah

Asal usul cendol tidak jelas, dan minuman manis ini tersebar luas di seluruh Asia Tenggara. Namun, satu saranan mengatakan bahawa cendol berasal dari Jawa, Indonesia sebagai dawet. Catatan tertua yang disebutkan tentang manis dawet adalah naskah Kresnayana, yang berasal dari Kerajaan Kediri sekitar Jawa abad ke-12. Sejarawan menyatakan bahwa penggunaan sagoo atau tepung beras sebagai bahan minuman manis mungkin terjadi pada awal masyarakat pertanian padi di Jawa kuno. Jeli cendol dan variasinya adalah produk pertanian pedesaan, masih dihasilkan secara tradisional di desa-desa Jawa.

Di Banjarnegara, Jawa Tengah, dawet secara tradisional disajikan tanpa ais. Saat ini, bagaimanapun ais batu tambahan atau ais serut biasanya ditambahkan ke dalam minuman pencuci mulut ini. Ini mungkin menunjukkan bahawa di Jawa tropika, dawet adalah minuman pencuci mulut tradisional yang sudah ada sebelum penggunaan teknologi pendingin, sejak abad ke-12.

Terdapat kepercayaan popular dalam masyarakat Indonesia bahawa istilah "cendol" mungkin berasal dari kata "jendol", yang terdapat dalam bahasa Sunda dan Jawa, ini merujuk kepada sensasi jendolan yang dirasai apabila butiran cendol melalui mulut ketika minum cendol.

Cendol sangat digemari masyarakat Malaysia kerana cuaca dan iklim negara Malaysia yang panas. Terdapat pelbagai restoran dan kedai makan yang menyediakan cendol di serata Malaysia.

Sejarah

Kata "cendol" pertama kali disebutkan pada tahun 1932 sebagai salah satu bahan makanan yang tersedia di Kuala Lumpur sebagaimana dicatat dalam Projek Concordance Melayu yang mengumpulkan tulisan-tulisan Melayu.

Cendol di cipta oleh orang Melayu Pulau Pinang dan Johor , Cendol di Pulau Pinang sedikit keras seperti butir pulut , manakala Cendol di Johor tekstur lebih lembut . Cendol di cipta ketika abad ke-17 , ketika itu belum ada mesin kisar ais . Pada abad ke-19 mesin kisar ais pertama Asia Tenggara berada di Kuala Lumpur . Banyak warga Pulau Pinang dan Johor berhijrah ke Kuala Lumpur lalu memperkenalkan hidangan negeri mereka . Menyebarkan cendol di pulau Jawa dek kerana pada abad ke 18 , orang Melayu di Semenanjung dijadikan buruh oleh orang Belanda dan di bawa ke tanah jawa .

Perkataan ""Cendol"" berasal daripada perkataan ""sendal"" dan ""cedok"" digabung menjadi ""Cendal"" kemudian ditukar mengikut pertuturan sekitar tempat menjadi Cendol atau Cendoi.

Cendol sangat digemari masyarakat Malaysia kerana cuaca dan iklim negara Malaysia yang panas. Terdapat pelbagai restoran dan kedai makan yang menyediakan cendol di serata Malaysia.

Ramuan

Cendol pulut

Ramuan asas cendol terdiri daripada santan, jeli hijau (pewarna pandan), pulut, ais dan Gula Melaka. Selain daripada bahan asas ini, cendol boleh ditambah bahan lain seperti kacang merah, pulut, cincau, durian dan jagung bergantung kepada selera penjamunya.

Bahan utama cendol iaitu jeli hijau dibuat dari tepung beras yang dicampur dengan air jernih daripada mendapan kapur sirih. Air perlu dimasak sehingga menggelagak dan dikacau hingga cair tapi pekat. Setelah itu campuran tadi dimasukkan ke tin yang ditebuk seperti siraman hujan. Campuran yang pekat tadi ditekan untuk keluar melalui lubang tersebut dan dibiarkan sejuk didalam bekas air yang disediakan di bawah bekas berlubang tersebut. Jeli ini boleh diwarnakan dengan hijau (warna pandan) tetapi ia boleh juga diwarnakan mengikut warna kesukaan masing-masing. Cara penyediaan tradisi jeli biasanya diwarnakan dengan air daun pandan. Ia dihidangan bersama ais, air gula melaka dan santan. Tetapi ditambahkan pula dengan pulut dan susu isian manis.ianya enak juga dimakan dengan buah-buahan.

Kata "cendol" pertama kali disebutkan pada tahun 1932 sebagai salah satu bahan makanan yang tersedia di Kuala Lumpur sebagaimana dicatat dalam Projek Concordance Melayu yang mengumpulkan tulisan-tulisan Melayu.

Cendol di cipta oleh orang Melayu Pulau Pinang dan Johor , Cendol di Pulau Pinang sedikit keras seperti butir pulut , manakala Cendol di Johor tekstur lebih lembut . Cendol di cipta ketika abad ke-17 , ketika itu belum ada mesin kisar ais . Pada abad ke-19 mesin kisar ais pertama Asia Tenggara berada di Kuala Lumpur . Banyak warga Pulau Pinang dan Johor berhijrah ke Kuala Lumpur lalu memperkenalkan hidangan negeri mereka . Menyebarkan cendol di pulau Jawa dek kerana pada abad ke 18 , orang Melayu di Semenanjung dijadikan buruh oleh orang Belanda dan di bawa ke tanah jawa .

Perkataan ""Cendol"" berasal daripada perkataan ""sendal"" dan ""cedok"" digabung menjadi ""Cendal"" kemudian ditukar mengikut pertuturan sekitar tempat menjadi Cendol atau Cendoi.

Cendol sangat digemari masyarakat Malaysia kerana cuaca dan iklim negara Malaysia yang panas. Terdapat pelbagai restoran dan kedai makan yang menyediakan cendol di serata Malaysia.

Galeri

Rujukan

Pautan luar